Siapa tak kenal dengan pasangan sejoli ini. Sweet dan Adam sah sebagai suami isteri. Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada pagi Isnin. Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein. Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Adam dinikahkan sendiri oleh abang Sweet iaitu Fahid Asyraf Supandi.
Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan. Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube. Terdahulu, kedua mempelai masuk ke ruang dewan yang dihias indah dalam persalinan serba putih kira-kira pukul 10 pagi.
Sweet ditemani ibu, Misnah Atan di atas pelamin.
Sweet turut ditemani oleh ibu, Misnah Atan di pelamin sepanjang majlis pernikahan berlangsung. Adam dan Sweet pada malam Sabtu sempat diraikan dalam majlis berinai yang bertemakan Jawa. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan memilih melangsungkan pernikahan setahun selepas hari pertunangan mereka. Sumber, mstar
Adam Lee Mahu Rehatkan Jiwa Dalam Drama Romantik Komedi, Adam Lee Gemuruh Menanti Hari Bahagia Bersama Pasangan. Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki kacak ini. Sesekali ingin lari daripada beratnya naskhah emosi, pelakon Adam Lee mengakui bahagia apabila berpeluang menjayakan sebuah drama romantik komedi atau rom-com. Adakah Engkau Menungguku yang sudah pun ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 pada 29 September lalu menampilkan Adam, 28, berpadu lakonan buat pertama kalinya dengan Wanna Ali. Ujar pemilik nama lengkap Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu, meskipun ada timbul keraguan tentang kemampuannya menjayakan naskhah komedi tetapi dia menyahutnya sebagai satu bentuk cabaran.
Adam juga turut berkongsi sedikit tentang persiapan dan debaran menuju hari bahagianya bersama tunang, pelakon Sweet Qismina yang dijangka berlangsung dalam bulan ini. Ikuti perkembangan pelakon tinggi lampai itu sewaktu temu bual secara maya sempena mempromosikan drama Adakah Engkau Menungguku baru-baru ini.
Mengapa anda terima watak dan naskhah ini
Drama ini sangat berbeza dengan naskhah lain yang pernah saya jayakan sebelum ini. Alhamdulillah, sebelum ini saya banyak berpeluang memainkan watak dalam naskhah berat. Tetapi kali ini, saya cuba lari dari zon itu dan lakukan sesuatu yang menyeronokkan. Pendek kata, saya nak rehatkan sekejap jiwa dengan buat drama romantik komedi.
Apa kelainan drama ini berbanding naskhah rom-com lain
Kalau untuk drama lain, mungkin romantiknya buatkan kita penat jiwa menonton atau sakit hati. Tetapi cerita ini, sangat seronok sebab tak ada rasa penat itu. Saya gerenti, penonton seronok sepanjang tengok cerita ini sebab sangat-sangat menarik. Ada juga banyak babak kelakar.
Apa perasaan apabila keluar dari kebiasaan dengan membawakan drama komedi
Sejujurnya memang ada keraguan dalam diri saya pada awalnya sebelum berlakon drama ini. Sebab saya fikir dalam hati, bolehkah saya buat komedi? Tetapi alhamdulillah, pengarah Azmi Hatta banyak membantu.
Semakin laris diambil selaku hero
Tak kisah pun kalau dapat watak hero atau kedua. Kalau bersesuaian dengan jalan cerita, saya okey saja. Paling penting kerja kena bagus. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang menjadi hero. Tetapi ini semua soal rezeki. Ada pelakon berusia seperti Zamarul Hisham masih laku jadi hero. Jadi saya tak kisah pun mana-mana watak asalkan menjadi.
Dalam bulan ini anda dan Sweet Qismina bakal disatukan
Cabaran menuju hari bahagia memang ada. Bukan kami saja tetapi saya percaya, semua pasangan yang nak ke arah itu (perkahwinan) akan melaluinya. Itu perkara yang normal tetapi cara bagaimana nak selesaikan dugaan paling penting. Setakat ini, alhamdulillah persiapan perkahwinan kami sudah 80 peratus disiapkan. Semuanya kami lakukan sendiri tanpa mengupah perunding perkahwinan. Sumber, kosmo