Memang tak asing lagi kita dengan wanita ini. Dina bawa tongkat arwah bapa ke pentas GV9. Kemunculan Dina Nadzir di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang menyanyikan lagu Lady Mamarlade menarik perhatian apabila penyanyi dan penyampai radio itu dilihat memegang sebatang tongkat sepanjang persembahannya.
Menjelaskan mengenai tongkat tersebut, Dina berkata, ia milik Allahyarham bapa tersayang iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir yang sering digunakan untuk membantunya berjalan ketika hayatnya. Dina berkata, meskipun tongkat tersebut tidak kena dengan konsep persembahan lagu berkenaan namun ia memberi semangat kepadanya meneruskan perjuangan dalam pertandingan berkenaan.
Persembahan bertenaga daripada Dina pada minggu ketujuh.
Katanya lagi “Saya bawa tongkat milik ayah saya dari Johor, walaupun ia tidak kena dengan konsep persembahan tetapi itulah kekuatan saya untuk meneruskan pertandingan. “Tongkat ini ayah sering guna untuk membantunya berjalan sebelum dia menggunakan kerusi roda,” katanya kepada mStar.
Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan GV9 minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Dina bersyukur apabila dia dapat berada di sisi bapanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Bapa Dina pergi menghadap ilahi akibat masalah paru-paru.
Menceritakan detik berkenaan, Dina memberitahu dia mendapat perkhabaran tentang keadaan bapanya ketika sedang membuat pemeriksaan suara untuk konsert minggu keenam GV9. “Saya dapat berita mengenai keadaan ayah ketika sedang membuat sound check tapi masa itu ayah ada lagi. Jadi apabila balik ke Johor untuk menziarahinya, dia sudah tidak sedarkan diri tapi masih boleh memberi tindak balas.
Luahnya lagi “Rezeki saya dapat tengok ayah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, saya ada disebelahnya. Anak-anak dia semua dapat balik dan bersamanya buat kali terakhir,” ujarnya.
Dina sebak selepas membuat persembahan di GV9.
Mengulas mengenai kemunculan Atilia, Nadia Aqilah selain guru vokal dan kakaknya dalam persembahan lagu Lady Mamarlade, Dina berkata, dia belum cukup kuat untuk tampil seorang diri ketika berada di pentas. Kata Dina, dia bersyukur rakan-rakan dan keluarga membantunya menyanyikan lagu tersebut dan membuatkan dia berasa lebih yakin. “Saya tak kuat nak buat persembahan seorang diri, sebab itu saya bawa rakan-rakan dan kakak saya. Apabila adanya mereka, perasaan untuk terus berjuang itu ada,” katanya. Sumber, mstar