Dah tak ada apa apa perasaan, Shila Amzah bongkar ini yang dia rasa bila cakap nama Sharnaaz Ahmad

Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak lagi mempunyai apa-apa perasaan terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Memetik Astro Gempak, Shila berkata dia sudah pun move on dari kisah lalu dan tidak kisah untuk menyebut nama aktor itu di khalayak umum jika ada keperluan. “Sebenarnya, hal itu mudah, apabila kita sudah move on, semua perasaan akan hilang, even perasaan benci sekalipun tak akan ada.“ “Bila kita sudah move on, takkan ada secebis sisa rasa apa pun terhadap bekas kekasih kita. Bila orang nak sebut nama Sharnaaz even saya sedang sebut nama dia sekarang… I don’t feel anything,” katanya. Dalam pada itu, Shila berkata dia tidak mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya itu dan tidak kisah jika ada peminat menyebut nama Sharnaaz.

“Saya tak kisah pun… secara profesionalnya atau peribadi, saya tiada masalah dengan Sharnaaz. Selalu sahaja saya bergurau dengan fans kalau mereka ada sebut nama Sharnaaz. Saya macam tak mengapalah, asalkan korang happy sudahlah ek,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Shila Amzah dan Amir Masdi dikatakan tengah bercinta, tak boleh berdiam tuan badan tampil dedahkan cerita sebenar. Kuala Lumpur, Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi, Amir Masdi dikatakan bercinta dengan penyanyi, Shila Amzah apabila mereka sering dilihat bersama sejak menyertai program Masked Singer awal tahun ini. Amir ketika ditemui bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik memandangkan mereka kini kerap bertemu untuk bermain badminton. “Kami hanya berkawan baik. Saya mula bertemu Shila ketika sama-sama menyertai program Masked Singer dan hubungan kami mula rapat selepas berjumpa di sebuah acara ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Orang luar mungkin nampak kami rapat sebab kami selalu bermain badminton bersama-sama. Bukan kami berdua saja tapi ada ramai kawan-kawan selebriti lain yang turut serta. “Saya mula aktif bermain badminton sejak tahun lalu lagi bersama pengacara Haziq Hussni, tapi Shila boleh dikatakan masih baru sertai kumpulan kami. “Kami pun jarang berhubung. Kalau berhubung pun semuanya atas urusan kerja kalau kami ada undangan persembahan di lokasi yang sama,”katanya ketika ditemui selepas menjayakan konsert Hype Night di Kenanga Starxpo Centre Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Amir, dia tidak tahu bagaimana gosip terbabit timbul dan menegaskan dirinya masih solo. “Saya tak pasti kerana berita ini adalah kali pertama saya dengar. Saya berkawan dengan semua orang, tapi status saya masih single. “Saya belum ada hasrat atau keinginan untuk berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya nak fokus dengan kerjaya saya buat masa ini. “Persahabatan saya dengan Shila pun ada sempadan sebagai kawan saja. Saya dengan mana-mana kawan wanita memang saya hadkan begitu kerana saya takut nanti terbahagi harapan antara satu sama lain.

“Boleh jadi dia terbahagi harapan atau sebaliknya. Jadi untuk elakkan sebarang perkara terjadi dan melarat ke arah yang kita tidak inginkan, lebih baik letakkan sempadan daripada awal,”katanya. Penyanyi yang satu ini bukan calang-calang pencapaiannya. Shila Amzah adalah salah seorang penyanyi dari Malaysia yang mengharumkan nama negara hingga ke luar negara. Memiliki suara lunak merdu, Shila Amzah antara penyanyi tanah air yang memiliki barisan peminatnya tersendiri. Pernah menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu bersama kumpuan SOG menerusi pelukan Angkasa.

Kebolehan nyanyian Shila Amzah memang tak perlu disangkal lagi. Padu habis! Malah baru-baru ini Shila Amzah menyanyi semula lagu Baldu Biru berduet dengan Amir Masdi telah mencvri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi hebat ini sendiri. Wow, hasil gabungan nyanyian yang cukup padu dan menghiburkan! Shila Amzah dan Amir Masdi, kedua-duanya memiliki vokal yang bagus menjadikan duet ini cukup sempurna. Apatah lagi lagu Baldu Biru nyanyian asal Ratu Rock, Ella ini juga memang layan habis! Perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi ini telah meraih lebih 488 ribu tontonan dan 33 ribu likes.

Rata-rata warganet memuji vokal kedua-dua penyanyi ini. Malah ada juga yang sempat mengusik lirikan Amir Masdi pada Shila Amzah. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini: “Amir memang macam tu la…Dia nak ambil feel. Masa dia nyanyi lagu Halaman Asmara dengan Kak Ziana pun macam tu”

KOMEN WARGANET:

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Sumber, Bartasangbad.site