Sudah lama kita tak dengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini, dia sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan popular, Datuk Seri Vida. Namun, kisah percintaan antara mereka akhirnya menemui titik noktah apabila Iqbal memaklumkan dia bersama Vida memilih untuk menjadi rakan baik berbanding hidup sebagai suami dan isteri. Bagaimanapun, perkongsian Iqbal di laman sosialnya bersama seorang aktres kian meningkat, Wafariena Roslan telah berjaya meraih perhatian warganet sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar dengan pelakon itu yang dipercayai digandingkan bersama di dalam sebuah telemovie Pok Yie. “Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen. Nampak sesuai lah Iqbal dengan Wafa. Perkongsian yang dilakukan oleh Iqbal di laman sosial telah mengundang reaksi positif warganet dimana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan.
“abang Iqbal boleh la dengan kak Wafa .sama padan”. “boleh dah kawin tu .comel jer berdua.. jangan lupa jemput mak cik ni di kuala terengganu.. kalau boleh sponsor mok cik tiket flight dan hotel ke majlid Iqbal tu”. “Sesuai benar iqbal…sama2 single & tengah mencari jodoh……molek sgt” “nampak macam secocok la.. baru la serasi hensem dengan cun…”. “terus kan berlakon, lama kelamaan ada kemajuan juga tu. hidup ni simple bila dah senang tapi humble, senang org mau dekat. pastu jiwa tu pun happy.. tgk gambar2 ko ni pun kita sudah happy. ada keceriaan di sana.” “Relax and Take it easy ya Iqbal.. Iqbal adalah seorang yang sangat Baik so just be urself ok & Kakak Doakan Iqbal sentiasa Tenang dan Bahagia Dunia Akhirat.. InsyaAllah Aamiin.. Take Care Iqbal..”
Semoga berjaya dunia dan akhirat Iqbal! Dalam pada itu, ramai yang kagum dengan sikap Iqbal yang sentiasa merendah diri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri dan mendoakan agar dia menemui jodoh yang sesuai kelak. Sumber, omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.