Sedia ke mhkamah gara gara isu bayaran Awesome TV, sekali ini respon Datuk A Aida

A.Aida hanya mahu bantu penerbit-penerbit yang masih belum dapat bayaran. Produser Datuk A. Aida sedia ke mahkamah gara-gara Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaan kegagalan stesen berkenaan melunaskan bayaran kepada penerbit drama. A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan kosong sebaliknya ia berdasarkan fakta dan bukti diterima daripada pengadu yang merupakan penerbit drama tempatan.

“Kalau nak sm.an okaylah, jumpa dekat mhkmah! Saya tidak takut apa-apa sebab sebelum saya keluar kenyataan saya dan berbincang dengan peguam. Apa yang saya perkatakan itu berdasarkan aduan daripada ahli-ahli saya dan peguam menjelaskan tiada masalah dengan kenyataan dibuat. Saya buat kenyataan berdasarkan fakta dan bukti. Ada produser yang mendkwa sudah dua tahun tidak mendapat bayaran. Saya bukan terus buat kenyataan tanpa sebarang bukti.

A.Aida buat kenyataan berdasarkan bukti terima.

“Perkara ini sebenarnya dah lama… Persatuan Penerbit TV telah berjumpa dengan pihak Awesome TV bulan lalu lagi untuk selesaikan masalah sebab ada ahli membuat laporan menyatakan tidak mendapat bayaran setelah sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu selepas teguran dibuatnya terhadap Awesome TV, dia menerima lebih banyak aduan daripada rakan-rakan penerbit yang mengadu masih belum menerima bayaran meskipun program dihasilkan sudah selesai ditayangkan. Kata A. Aida, dia tidak mempunyai sebarang kepentingan apabila lantang bersuara mengenai isu tersebut sebaliknya ingin menjaga kebajikan rakan-rakan penerbit yang teraniaya dan hasil kerja mereka tidak dibayar.

“Apabila kenyataan itu keluar rupanya ada penerbit baru tahu jawatan saya di Finas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Industri dan apa saya lakukan ini kerana ingin membantu rakan-rakan penerbit. Ramai tiada saluran meskipun pernah bawa perkara ini ke persatuan tapi tiada tindakan diambil, jadi saya mengambil keputusan untuk bawa isu ini ke Finas, itu sahaja.

Kalau nak sm.an okaylah… jumpa dekat mhkmah. Saya tidak takut.

“Saya cuma ingin bantu industri… apabila terlalu ramai mengadu, saya sebagai Timbalan Presiden Penerbit TV Malaysia, takkan tidak mahu ambil tindakan?” soalnya. Bagaimanapun kata A. Aida, dia seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan isu ini dengan baik dan tidak mahu bermasam muka dengan pemain industri lain seperti mana disarankan oleh Pengerusi Finas, Datuk Seri Zurinah Musa. Malah A. Aida turut memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menggores hati pihak Awesome TV dan akan berjumpa dengan Adam dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Kita nak selesaikan perkara ini dengan cara paling baik. Kalau boleh tidak mahu gdvh-gdvh. Saya turut dimaklumkan kami akan bertemu dengan Datuk Adam dalam masa terdekat untuk berbincang dari hati ke hati mengenai isu tersebut. Kepada Datuk Adam, saya minta maaf sekiranya kenyataan saya ada menyentuh atau terasa hati tapi saya berjuang untuk industri dan saya mohon ikut kontrak. Kami penerbit pun perlukan duit,” tambahnya. Sumber, Mstar Online