Ibu pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad, 59, terkilan dengan sikap usahawan, Iqbal Zulkefli yang cuba mengaitkan anaknya dengan ‘gosip cinta’ berbaur publisiti murahan di media sosial. Suzana berkata, cerita sebenarnya Iqbal yang mengajak Wafa (panggilan kepada Wafariena) bergambar dulu dengannya ketika mereka menjayakan penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini. “Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.
“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu. “Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya kepada Harian Metro. Dalam perkembangan lain, Wafariena kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah sebuah supetelefilem yang menyebabkan dia mengalami kelukaan dalaman akibat membuat aksi lagak ngeri sendiri.
“Sudahlah ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Jadi, janganlah menambah dengan cerita lain seperti gosip cinta itu hanya disebabkan ingin publisiti. Saya tak mahu dan kurang selesa apabila nama Wafa cuba dikaitkan. “Saya harap dengan penjelasan ini, Wafa tidak akan terkait dengan spekulasi liar yang tidak benar. Saya tidak mahu Wafa disalah anggap dengan cerita tidak betul yang cuba diwujudkan,” katanya. Mengulas mengenai tindakan undang-undang ingin diambil, Suzana berkata, laporan polis terhadap pengarah itu sudah dibuat di Balai Polis Kundang, Selangor pada 26 Oktober lalu.
Katanya, tindakan undang-undang itu nekad dibuat kerana melihatkan sikap tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan pengarah terbabit terhadap Wafa. Katanya, pengarah itu juga tidak pernah melawat, bertanya khabar atau mengajak berbincang untuk selesaikan apa yang berlaku. “Sebagai ibu, saya sedih melihat anak saya diperlakukan sebegitu. Malah, sesama manusia sepatutnya ada sifat hormat dan perikemanusiaan itu. Kalau tak datang melawat pun, tanyalah khabar kerana kejadian berlaku di lokasi penggambaran karya yang anda arahkan. “Ini seolah-olah terlalu sombong dan tiada rasa bersalah sedikit pun,” katanya turut memaklumkan perbincangan bersama pihak penerbit, Gear Studio akan dibuat selepas Piilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai.
Kredit: Instagram Wafariena Roslan, hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.