Pelakon, Muaz Zabir akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan seorang individu yang mahu mendedahkan video ‘mesra’ melibatkan dirinya dan Bella Astillah, yang kembali hangat diperkatakan di media sosial. Memetik laporan daripada Kosmo! Muaz menyatakan perkara itu sepatutnya tidak lagi dibangkitkan memandangkan ia sudah lama berlalu dan masing-masing kini meneruskan kehidupan. “Sudah dua tahun berlalu, cukup-cukuplah,” ujarnya. Sedar kekecohan yang tercetus… Continue reading Dah 2 tahun berlalu, Muaz Zabir minta hentikan ungkit kisah lama sebab Bella Astillah pun dah bertunang
Author: apampink
Walaupun berdepan konflik keluarga tapi kasih sayang terhadap anak tak pernah berubah, rupanya ini sebab ND Lala berdiam pasal isu keluarga
PENYANYI veteran Datuk ND Lala menegaskan kasih sayang terhadap empat orang anaknya tidak akan pernah berubah walaupun pernah berdepan konflik keluarga sebelum ini. ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 65, berkata hubungan antara ibu bapa dan anak adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh dipisahkan hanya disebabkan perceraian. “Anak-anak adalah darah daging saya. Keadaan… Continue reading Walaupun berdepan konflik keluarga tapi kasih sayang terhadap anak tak pernah berubah, rupanya ini sebab ND Lala berdiam pasal isu keluarga
Bantu untuk mulakan perniagaan, setelah 6 tahun menyepi Abang Siti Jamumall dedah Azar Azmi berhutang RM15k
Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam, tampil membuat pendedahan mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 yang dikatakan tertunggak sejak enam tahun lalu. Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa, jumlah berkenaan diberikan atas dasar membantu pelakon itu memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan jualan serta sokongan untuk siaran langsung di platform… Continue reading Bantu untuk mulakan perniagaan, setelah 6 tahun menyepi Abang Siti Jamumall dedah Azar Azmi berhutang RM15k
Tak pernah beli makanan di sekolah, Shakilla Khoriri tampil jelaskan isu duit belanja RM3
Pelakon, Shakilla Khoriri tampil menjelaskan isu berkenaan duit belanja sekolah anak tunggalnya, Ameena Sofia. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Shakilla memaklumkan bahawa Ameena tidak membeli atau makan di sekolah sebaliknya wang belanja yang diberikan sering disimpan ke dalam tabung. Oleh itu, sarapan berat akan tersedia buat Ameena bagi persekolahan sesi pagi. “Saya jelaskan isu duit… Continue reading Tak pernah beli makanan di sekolah, Shakilla Khoriri tampil jelaskan isu duit belanja RM3
Bukan pertama kali berniaga, Datuk Aliff Syukri pelik bila ramai yang tag LHDN dekat dia
Usahawan sensasi, Datuk Seri Ali Syukri, tampil menjelaskan bahawa dirinya bukan pertama kali berniaga susulan tindakan sesetengah netizen ‘menyeru’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap kali beliau menunjukkan wang tunai sewaktu bersiaran langsung di media sosial. Menerusi hantaran di platform Thread Aliff menyatakan dirinya sudah lama berniaga, dan merupakan pembayar cukai tegar. “Papa peliklah, kenapa… Continue reading Bukan pertama kali berniaga, Datuk Aliff Syukri pelik bila ramai yang tag LHDN dekat dia
Tampil tidak berhijab dalam drama baru, tak sangka ini pula respon dari Fasha Sandha
TAMPIL tidak berhijab dalam drama Puteri Kembang Malam yang bakal bersiaran tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha menegaskan tiada keperluan untuk dia menjelaskan status penampilannya itu kepada umum. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu hijab kerana menganggap perkara tersebut adalah urusan peribadi antara dirinya… Continue reading Tampil tidak berhijab dalam drama baru, tak sangka ini pula respon dari Fasha Sandha
Tak berkawan di luar set, Alya Iman menegaskan dia tak pernah ada hubungan dengan Yusuf Bahrin
Pelakon, Alya Iman menegaskan tidak pernah menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon, Yusuf Bahrin di luar set penggambaran. Ketika ditemui, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata dia akan mempertahankan diri atas tuduhan yang tidak dilakukannya. Katanya, meskipun memiliki perwatakan yang peramah namun itu tidak menjadikan dia seorang yang mudah bergaul. “Hubungan saya dengan dia, saya tidak… Continue reading Tak berkawan di luar set, Alya Iman menegaskan dia tak pernah ada hubungan dengan Yusuf Bahrin
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, Syida Melvin redha percaya pada takdir
SELEPAS kisah perceraian menjadi bualan, pelakon Syida Melvin berkongsi luahan hati dan takdir dalam perkahwinan. Menurut Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, dia percaya setiap yang berlaku adalah ketentuan Yang Maha Esa. “Allah Maha Mengetahui. Dia pegang hati kita semua. Dia nak bolak-balikkan bila-bila masa sahaja, boleh jadi. Saya percaya pada takdir,” kongsinya. Syida… Continue reading Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, Syida Melvin redha percaya pada takdir
Harga mencecah RM1k, warganet tampil pertikaikan harga tiket majlis ilmu Neelofa
Pasangan selebriti Neelofa dan PU riz sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial berhubung isu kadar bayaran kelas agama yang dianjurkan. Menerusi hantaran di Threads, seorang individu tampil mempersoalkan harga tiket bagi program berunsur agama tersebut yang didakwa agak tinggi kerana mencecah lebih RM900. “Tiket talk Neelofa sampai RM 1000? Siapa yang… Continue reading Harga mencecah RM1k, warganet tampil pertikaikan harga tiket majlis ilmu Neelofa
Biasakan anak tengok ibadah di Masjid, Ryzal Ibrahim kongsikan tips untuk ajar anak solat
Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim memilih masjid sebagai salah satu inisiatif mengajar anak memahami konsep ibadah. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menanyakan tips buat ibu bapa yang mengajar anak untuk menunaikan solat fardhu. “Kepada ibu bapa yang mula-mula ajar anak solat, ada tips? Tolong kongsikan.” Ciapan tersebut meraih perhatian Ryzal yang menyarankan agar ibu… Continue reading Biasakan anak tengok ibadah di Masjid, Ryzal Ibrahim kongsikan tips untuk ajar anak solat