Pernah terlibat dalam misi tanah runtuh di Batang Kali, terkini Blake disahkan sudah tiada sebab penyakit ini

Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikenali sebagai Blake mat! selepas mengidap brh limfoma. Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) itu terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan mencari mngsa lemas. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan,… Continue reading Pernah terlibat dalam misi tanah runtuh di Batang Kali, terkini Blake disahkan sudah tiada sebab penyakit ini

Bukan faktor juruterbang, laporan awal dedah ini punca pesawat di Elmina jatuh

Laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT). Laporan awal yang mengandungi 26 muka surat itu dimulakan dengan pengenalan serta sinopsis, fakta mengenai pesawat, tragedi, teknik penyiasatan dan diakhiri dengan rumusan serta… Continue reading Bukan faktor juruterbang, laporan awal dedah ini punca pesawat di Elmina jatuh

Rasa kebas di bahagian kanan badan, rupanya Raymond Goh pandu sendiri kereta ke hospital

Pemergian penyampai berita Nightline di TV3, Allahyarham Raymond Goh atau Mohd Zaman Goh yang pergi menghadap illahi pagi tadi pastinya menghadirkan rasa duka buat ahli keluarga serta para pendengar beliau. Memetik laporan dari Berita Harian, isterinya, Faridah Teh ketika ditemui masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih bersedih diatas kehilangan suami tercinta. Walau bagaimanapun, dia tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada… Continue reading Rasa kebas di bahagian kanan badan, rupanya Raymond Goh pandu sendiri kereta ke hospital

Terkini KPM bakal ambik tindakan pada guru yang jadikan murid sebagai content di media sosial

Dengan kemajuan teknologi dan ledakan media sosial pada masa kini, memang ramai yang berjinak-jinak dalam bidang content creation terutamanya di TikTok. Ramai juga yang jadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan yang kedua walaupun telah mempunyai kerja hakiki. Namun, guru-guru sekolah di Malaysia yang menjadikan anak murid atau pelajar sekolah sebagai ‘content’ atau kandungan di media… Continue reading Terkini KPM bakal ambik tindakan pada guru yang jadikan murid sebagai content di media sosial

Harga Durian berpatutan sempena program Makan Durian Sampai Jeluok

Sebanyak 40 tan durian pelbagai jenis termasuk gred premium dapat dinikmati pada harga berpatutan sempena program ‘Makan Durian Sampai Jeluok’ di dataran Jambatan Angkat pada 1 dan 2 September ini. Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, acara jualan secara lelong itu akan bermula 3 petang sehingga semua stok durian habis dijual.… Continue reading Harga Durian berpatutan sempena program Makan Durian Sampai Jeluok

Published
Categorized as Berita

Agong dan Raja Permaisuri berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan memulakan jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ di Sarawak dari 7 sehingga 13 September ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata konvoi baginda di negeri itu yang melibatkan perjalanan… Continue reading Agong dan Raja Permaisuri berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo

Published
Categorized as Berita

Pelajar psikologi Saroop Roshi ,dinobatkan Miss World Malaysia tahun ini

Pelajar psikologi, Saroop Roshi, sebentar tadi dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023. Kemenangan gadis kelahiran Perak berusia 25 tahun itu sekaligus mengganti Wenanita Angang yang memegang gelaran sama tahun lalu. Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pusingan akhir pertandingan ratu cantik berkenaan menyaksikan Saroop turut membawa beberapa hadiah iringan termasuklah wang tunai berjumlah RM15,000… Continue reading Pelajar psikologi Saroop Roshi ,dinobatkan Miss World Malaysia tahun ini

Published
Categorized as Berita

Lapan bulan tadbir kerajaan, PM bangga prestasi agensi kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara. Mengambil contoh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), beliau berkata, agensi di bawah Kementerian Kewangan itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya. Saya dah hampir lapan bulan dalam kerajaan, mengetuai negara ini, saya… Continue reading Lapan bulan tadbir kerajaan, PM bangga prestasi agensi kerajaan

Tular Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat, Undang Suasana Cemas Kepada Jemaah

Kecoh semalam di media sosial apabila tular sejumlah video yang memperlihatkan situasi cemas di Mekah yang dilanda ribut petir dan hujan lebat yang dahsyat. Hal ini sekaligus menjejaskan jemaah umrah dan juga penduduk di sekitarnya. Kejadian yang jarang berlaku menunjukkan jemaah tergelincir dan basah kuyup. Selain itu, kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam… Continue reading Tular Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat, Undang Suasana Cemas Kepada Jemaah

Published
Categorized as Berita

Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling popular di media sosial Facebook

Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling popular di media sosial Facebook apabila mencatatkan 4.6 juta pengikut, sehingga hari ini. Melalui tinjauan di Facebook menunjukkan, angka tersebut menjadikan antara lima perdana menteri terakhir, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengungguli jumlah pengikut paling ramai dalam kalangan pemimpin negara. Bekas… Continue reading Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling popular di media sosial Facebook