Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dikejarkan ke hospital selepas membiarkan dirinya digigit seekor labah-labah Black Widow untuk menjadi adiwira Spiderman, lapor laman berita Oddity Central semalam. Kejadian berlaku di perbandaran Vichuloma, dekat bandar Oruro, tengah Bolivia. Budak lelaki dengan identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan bermain berhampiran sungai dekat rumahnya apabila dia menemui labah-labah tersebut… Continue reading Budak lelaki mahu jadi Spiderman biar diri digigit haiwan ini
Category: Viral
Akhirnya nasib keluarga ni terbela, lepas kecoh pasal isteri Syahmi Sazli Exco Kelantan terus buat kerja
SELEPAS Yotuber terkenal Syahmi Sazli dan isterinya Anissa Faizul bersuara mengenai isu air bersih di Kelantan, akhirnya nasib sebuah keluarga di Pasir Mas terbela. Menurut Nor Idayu Supian, 31, dia dihubungi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama rintihannya disiarkan. Difahamkan Mohd… Continue reading Akhirnya nasib keluarga ni terbela, lepas kecoh pasal isteri Syahmi Sazli Exco Kelantan terus buat kerja
Tular Wanita mengamuk ditegur pengawal keselamatan
Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal keselamatan premis itu, hari ini. Insiden itu tular menerusi sebuah video berdurasi 44 saat di laman Twitter. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video berkaitan kira-kira pukul 12.39… Continue reading Tular Wanita mengamuk ditegur pengawal keselamatan
Pelamin runtuh di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat, timpa pengantin perempuan
Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat bertukar kecoh selepas pelamin yang didirikan runtuh lalu menimpa pengantin perempuan, lapor portal berita Wolipop hari ini. Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, tetamu majlis yang berlangsung di kawasan terbuka itu dilihat panik apabila kadbod yang digunakan sebagai dinding pelamin runtuh secara tiba-tiba. Menurut… Continue reading Pelamin runtuh di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat, timpa pengantin perempuan
Dulu sahabat kini dia ibu tiriku,kata wanita ini yang tular di media sosial
Seorang remaja menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia selepas berkongsi gambar majlis perkahwinan bapanya yang mengahwini rakannya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini. Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, remaja perempuan bernama Silva Nabila Dwi Andini, 19, berkongsi gambar dia bersama bapa dan ibu tirinya yang juga rakannya. Ibuku adalah sahabatku,” demikian… Continue reading Dulu sahabat kini dia ibu tiriku,kata wanita ini yang tular di media sosial
Tak sangka pasangan yang dianggap rakan sebaya rupanya ibu dan anak lelaki
Seorang wanita di Karawang, wilayah Jawa Barat menjadi tumpuan netizen yang sangsi usianya mencecah 39 tahun berikutan wajahnya persis remaja belasan tahun, lapor laman berita Detik semalam. Dalam hantaran di laman TikTok, wanita bernama Nina Herlina itu berkongsi gambar dia bersama anak lelakinya. Mereka kelihatan seperti rakan sebaya disebabkan wajah Nina langsung tidak kelihatan seperti… Continue reading Tak sangka pasangan yang dianggap rakan sebaya rupanya ibu dan anak lelaki
Bertubuh genit dengan berat badan 50 kilogram namun mempunyai otot besi
BERTUBUH genit dengan berat badan kira-kira 50 kilogram (kg) bukan penghalang buat Nur Mashitoh Mukhtar, 30, mencabar diri dalam dunia sukan lasak yang dikenali sebagai sukan ‘strongwomen’ dan ‘crossfit’. Melihat foto yang dikirimkan anak kelahiran Terengganu ini membuatkan penulis teruja untuk mendekati dan mengenalinya dengan lebih dekat terutama membabitkan sukan yang diminatinya. Lebih mesra disapa… Continue reading Bertubuh genit dengan berat badan 50 kilogram namun mempunyai otot besi
Lelaki bingung jiran selamba parkir trak rosak di garajnya hampir dua bulan
Seorang pemilik rumah berada dalam kebingungan selepas jirannya meminta untuk meletakkan sebuah trak pikap di tepi garajnya, namun kemudian meninggalkannya di situ selama hampir dua bulan, lapor portal berita MailOnline semalam. Jiran tersebut sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa trak itu hanya akan diparkir selama beberapa minggu. Namun, ia telah dibiarkan terlalu lama, bahkan jirannya turut… Continue reading Lelaki bingung jiran selamba parkir trak rosak di garajnya hampir dua bulan
Wanita ini turunkan berat badan demi bertemu kekasihnya
Seorang wanita dari Vietnam berjaya menurunkan berat badan daripada 102 kilogram (kg) kepada 60 kg dalam tempoh enam bulan, sebelum dia bertemu buat kali pertama dengan lelaki yang dikenalinya di internet, lapor laman berita VnExpress. Diem Thuy, 30, berkata, dia sentiasa makan apa sahaja yang diingini pada bila-bila sejak kecil, yang menyebabkan berat badannya naik.… Continue reading Wanita ini turunkan berat badan demi bertemu kekasihnya
Dah bersara dalam sukan bola sepak, tak sangka Safee Sali terima tawaran jadi penyampai radio
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali dipilih menjadi personaliti jemputan stesen radio Era mengendalikan segmen baharu ‘Super Safee ERA’ bersiaran setiap hujung minggu. Safee atau Mohd Safee Mohd Sali, 39, berkata dia tidak menyangka menerima tawaran daripada radio berkenaan sehari selepas mengumumkan bersara dalam arena bola sepak. Kata Safee, dia bersama pihak pengurusan mengambil… Continue reading Dah bersara dalam sukan bola sepak, tak sangka Safee Sali terima tawaran jadi penyampai radio