Lelaki bingung jiran selamba parkir trak rosak di garajnya hampir dua bulan

Seorang pemilik rumah berada dalam kebingungan selepas jirannya meminta untuk meletakkan sebuah trak pikap di tepi garajnya, namun kemudian meninggalkannya di situ selama hampir dua bulan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jiran tersebut sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa trak  itu hanya akan diparkir selama beberapa minggu. Namun, ia telah dibiarkan terlalu lama, bahkan jirannya turut menanggalkan keempat-empat tayar kenderaan itu, menyebabkan ia seperti berada di hartanah tersebut dalam tempoh lama.

Tidak pasti bagaimana untuk menangani situasi itu, individu tersebut meminta pandangan para pengguna laman perbincangan sosial, Reddit. Jiran saya berkata ‘adakah anda keberatan jika saya meletakkan trak di sebelah garaj selama beberapa minggu sehingga saya mengalihkannya?’ Kini, sudah  hampir dua bulan dan dia baru menanggalkan tayar kenderaan itu,” tulisnya.

Dia turut berkongsi gambar pikap tanpa roda itu dan sampah bertaburan di bahagian dalam kenderaan berkenaan. Di negeri saya, kenderaan boleh dialih keluar dari premis selepas tujuh hari dan selepas 30 hari, kenderaan itu dianggap terbengkalai serta pemilik hartanah boleh memulakan proses menjual kenderaan itu,” kata seorang pengguna.

Beri dia notis, kemudian dalam seminggu anda mempunyai pilihan,” kata pengguna lain. – AGENSI .Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.