Wanita ini turunkan berat badan demi bertemu kekasihnya

Seorang wanita dari Vietnam berjaya menurunkan berat badan daripada 102 kilogram (kg) kepada 60 kg dalam tempoh enam bulan, sebelum dia bertemu buat kali pertama dengan lelaki yang dikenalinya di internet, lapor laman berita VnExpress.

Diem Thuy, 30, berkata, dia sentiasa makan apa sahaja yang diingini pada bila-bila sejak kecil, yang menyebabkan berat badannya naik. Apabila dewasa, dia hilang kawalan sepenuhnya terhadap apa yang dia makan.

Keadaan itu berlarutan sehingga dia mengenali Nguyen Viet Dung, yang kini merupakan suaminya, pada 2021. Menurut Thuy, selepas mereka berdua berjanji untuk bertemu, dia berasa perlu untuk menurunkan berat badan selepas mula berasa letih ketika berjalan. 

Tambahnya, perkara paling mencabar selepas mengamalkan gaya hidup baharu kini adalah bagaimana dia perlu memaksa dirinya untuk mengikut peraturan diet dan senamannya.

Saya sentiasa mengingatkan diri tentang janji temu dengan Dung untuk mengawal selera makan,” katanya. Meskipun dahulu gemar makan makanan manis, Thuy kini beransur-ansur beralih kepada pemakanan yang lebih sihat. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.