Muat naik video anak dengan Syed Saddiq, sekali ramai pulak yang cakap muka mereka sama

Tindakan penyanyi Bella Astillah melakukan video bersama anak-anaknya dan ahli Parlimen Syed Saddiq meraih perhatian selepas sesetengah warganet menyatakan persamaan wajah antara mereka berempat. Menerusi muat naik di TikTok, pelantun lagu Bermanja Manja itu melakukan trend lagu Price Tag nyanyian Jessi J. Dalam klip itu, Saddiq dilihat sedang memangku Ara Adreanna manakala Ayden pula duduk berdekatan dengannya. Klik sini… Continue reading Muat naik video anak dengan Syed Saddiq, sekali ramai pulak yang cakap muka mereka sama

Gelarkan diri dengan gelaran chef, Cik Epal pertikaikan gelaran chef bekas suami

Pempengaruh media sosial, Cik Epal jadi perhatian apabila meluahkan rasa setuju terhadap hantaran yang dimuat naik seorang individu berkaitan bekas suaminya, Jofliam di aplikasi Threads. Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik tangkap layar Instagram Story (IGs) Jofliam yang memaparkan doh pizza yang dibuatnya sambil menggelarkan dirinya sebagai seorang chef. Individu tersebut turut memuat naik video… Continue reading Gelarkan diri dengan gelaran chef, Cik Epal pertikaikan gelaran chef bekas suami

Hanya ambil satu tawaran drama tahun ni, Mawar Rashid mahu fokus untuk besarkan anak anak

DRAMA Nikmat Yang Sesaat merupakan projek terakhir melibatkan pelakon Mawar Rashid pada tahun ini. Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, dia membuat keputusan itu kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya membesarkan anak-anak. “Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja. Saya juga berkemungkinan tidak lagi ambil sebarang tawaran untuk tahun… Continue reading Hanya ambil satu tawaran drama tahun ni, Mawar Rashid mahu fokus untuk besarkan anak anak

Dalam diam rupanya dah nikah, Sharifah Sakinah dah kembali bergelar isteri minggu lalu

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah, 36, mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah kembali bergelar isteri dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di ibu kota, minggu lalu. Difahamkan, majlis yang serba sederhana itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis rapat sahaja. Memetik laporan dari Harian Metro, Sakinah memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan… Continue reading Dalam diam rupanya dah nikah, Sharifah Sakinah dah kembali bergelar isteri minggu lalu

Dari pukul 6 pagi dah masuk dapur, ramai yang puji Bella Astillah sebab sanggup masak sendiri untuk rumah terbuka YB Syed Saddiq

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menyediakan pelbagai jenis juadah sempena rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq. Menerusi sesi live di TikTok Team Saddiq, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, meluahkan rasa kagum melihat kerajinan dan kesungguhan ibu kepada dua anak itu. Difahamkan, Bella… Continue reading Dari pukul 6 pagi dah masuk dapur, ramai yang puji Bella Astillah sebab sanggup masak sendiri untuk rumah terbuka YB Syed Saddiq

Mohon agar diberikan ruang untuk selesaikan kemelut rumahtangga, Azlan Komeng tak mahu lepaskan Nur Nilam

PELAKON Azlan Komeng mengesahkan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz memfailkan fasakh terhadapnya pada Rabu lalu.  Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia menghormati keputusan itu namun tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri.  Kata Azlan, dia memohon agar diberikan ruang menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dan akan berkongsi mengenainya apabila tiba masa sesuai. “Saya… Continue reading Mohon agar diberikan ruang untuk selesaikan kemelut rumahtangga, Azlan Komeng tak mahu lepaskan Nur Nilam

Ada ibu bapa yang suka minta duit anak, Datuk Aliff Syukri kongsikan pandangan tentang keluarga toksik

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir ibu bapa yang berperangai kurang baik sehingga menyebabkan sebuah institusi keluarga menjadi toksik. Aliff, 38, berkata, apa pun layanan yang diberikan oleh ibu bapa sama ada baik mahupun buruk, anak-anak tetap perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Namun, diingatkan setiap perkara mempunyai limitasi supaya diri sentiasa… Continue reading Ada ibu bapa yang suka minta duit anak, Datuk Aliff Syukri kongsikan pandangan tentang keluarga toksik

Tak pernah rasa sebahagia sekarang, Bonda Rozita dedah ada buat solat hajat sebelum terima lamaran suami

PERUBAHAN Rozita Ibrahim selepas kembali berumah tangga buat kali kelima menjadi perhatian ramai yang rata-rata perasan dengan sikap ceria usahawan sensasi itu. Tidak berselindung, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, mengakui dia kini dalam fasa bahagia yang tidak pernah dirasai sebelum ini. “Alhamdulillah, wallahi, saya tak pernah rasa sebahagia ini. Saya sangat rasa tenang walau… Continue reading Tak pernah rasa sebahagia sekarang, Bonda Rozita dedah ada buat solat hajat sebelum terima lamaran suami

Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu luah rasa kecewa dengan pizza wagyu percuma Jofliam

Segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan usahawan, Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan. Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu mendakwa, pizza yang dihidangkan itu tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut. Menerusi perkongsian yang tular di platform threads, seorang pengguna media sosial memuat… Continue reading Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu luah rasa kecewa dengan pizza wagyu percuma Jofliam

Kena minta maaf dengan ikhlas, Ellie Suriaty akui isu dengan Imran Bard masih belum selesai

‘Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati’. Demikian luahan dramatis, Ellie Suriaty mengenai isu kontroversi melibatkan dirinya dan pempengaruh, Imran Bard. Menerusi temu bual bersama program Melodi, Ellie mengaku, dia adalah individu yang tersakiti dalam isu ini terutamanya apabila Imran masih tidak membuat permohonan maaf secara bersemuka. Menurutnya, seseorang… Continue reading Kena minta maaf dengan ikhlas, Ellie Suriaty akui isu dengan Imran Bard masih belum selesai