Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi keadaan terkini selepas 14 hari terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Wadi memaklumkan dia mengalami kesakitan pada dua bahagian tubuh sejak kemalangan tersebut berlaku. “Saya dah berapa belas hari kemalangan kemudian saya rasa sakit pada dua tempat. Klik sini untuk lihat video.

Tak lega selama14 hari walaupun dah makan ubat tahan sakit setiap hari.” Dalam pada itu, Ustaz Wadi mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital dengan menggunakan imbasan CT (CT Scan) selepas pemeriksaan X-ray sebelum ini tidak menunjukkan sebarang kecederaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati empat tulang rusuknya patah termasuk kecederaan pada bahagian belakang. “Tadi saya pergi hospital untuk periksa dengan CT Scan. Hari itu X-ray saja, mereka kata tiada apa. Bila CT Scan tadi, rupanya patah empat di tulung rusuk. Dekat belakang pun patah juga. Patut saya makan ubat tahan sakit, tiada apa-apa perubahan.”
Terdahulu, media melaporkan Ustaz Wadi terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik. Maklumat mengenai insiden itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ustaz Wadi yang memaklumkan beliau bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan jam 2 pagi pada Oktober.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.