Anda sering alami sukar buang air besar. Kopi panas dan kiwi antara 5 langkah segera bantu anda ke tandas.

Sukar membuang air besar boleh diselesaikan dengan mengamalkan beberapa petua semula jadi ini. Beberapa hari tidak buang air besar walaupun sudah mencuba boleh membuatkan perut berasa tidak selesa seperti kembung atau sebu. Sebenarnya terdapat ubat yang boleh diambil bagi merangsang rasa hendak membuang air besar iaitu laksatif atau julap yang berfungsi meningkatkan kekerapan dan memudahkan ‘panggilan alam’. Akan tetapi, sebaik-baiknya cuba terlebih dahulu cara semula jadi tanpa bantuan ubat untuk memicu rasa sakit perut dan ‘membuang’.

1. Kopi panas

Percaya atau tidak, kopi panas dapat membantu menggerakkan pencernaan pada waktu pagi. Kandungan kafein pula mampu merangsang motiliti usus besar.

2. Buah kiwi

Buah kiwi kaya dengan kandungan serat malah dalam satu kajian pada 2019 menyebut, buah itu mampu melancarkan sistem penghadaman manusia. Dalam kata lain, ia boleh berfungsi sebagai julap semula jadi.

3. Minum air yang cukup

Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari iaitu lapan gelas bagi membantu usus dapat berfungsi dengan normal. Jika anda mengalami sembelit, segelas air mampu memicu pergerakan usus.

4. Senaman

Tidak perlu berasa hairan jika sedang bersenam anda tiba-tiba sakit perut. Ini kerana aktiviti senaman seperti mendaki bukit, berjalan kaki atau joging meningkatkan metabolisme yang menyebabkan peningkatan gerakan usus. Jadi sekiranya anda sukar membuang air besar, apa kata lakukan senaman ringan bagi merangsang usus!

5. Urut perut

Lakukan urutan pada perut bagi memicu rasa sakit perut dan buang air besar kerana ia mampu membantu pergerakan usus anda. Urutan boleh dimulakan dengan menekan bahagian bawah kanan perut, lalu naik ke arah tulang rusuk dan melintasi perut serta di bawah tulang rusuk sebelah kiri yang merupakan titik najis dikosongkan. Sumber: mstar

Sakit Tekak Pada Waktu Pagi Sedangkan Tidak Alami Selesema. Ketahui 4 Punca Berlakunya Sakit Tekak.

Sakit tekak kadangkala bukan sakit biasa yang kemungkinan mempunyai g3jala sampingan lain. Bangun pagi dengan tekak sakit secara tiba-tiba bukanlah perkara yang menyenangkan. Ketika itu, anda tidak berasa seperti alami selsema atau sakit lain, tetapi sakit tekak muncul secara tiba-tiba. Seperti yang dilaporkan The Health Board, sakit tekak bukan hanya berlaku apabila anda mengalami selsema atau batuk, keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan perkara ini.

Antaranya apabila udara di persekitaran rumah terlalu kering, atau jika di kawasan berdekatan anda ada orang yang merokok juga boleh menjadi punca sakit tekak pada waktu pagi. Dalam pada itu, apabila bangun dari tidur dan anda mengalami sakit tekak, ia tidak semestinya kesan sampingan daripada g3jala selsema atau batuk.

1. Alahan

Walaupun gatal dan bersin mungkin merupakan g3jala pertama yang anda fikirkan, namun alahan bermusim juga boleh menyebabkan tekak anda sakit dan gatal. Menurut LiveStrong, debunga, habuk, atau bulu boleh mencetuskan keradangan pada saluran pernafasan dan menyebabkan ketidakselesaan tekak.

2. Udara sejuk dan kering

Keadaan yang sangat sejuk atau kering boleh menyebabkan badan meningkatkan pengeluaran lendir dalam usaha mengekalkan saluran udara yang lembap. Apabila lendir tambahan itu mula meresap, ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa yang menyebabkan kerongkong kesat.

3. Kecederaan pita suara

Karaoke terlalu lama dan menj3rit terlalu banyak boleh meregangkan pita suara, malah menyebabkan tekak bengkak sementara. Akibatnya, suara anda bertukar serak dan tekak berasa sakit.

4. Penyakit serius

Walaupun jarang berlaku, sakit tekak boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius seperti kns3r. Biasanya masalah ini disertai dengan simptom lain seperti sukar menelan, berasa ada ketulan di leher, lendir atau kahak yang brdr4h atau gejala seperti selsema yang lain.

Muka Dah Cantik Tapi Mulut Pula Berbau. Semua Golongan Perlu Ikhtiar Cara Ini.

Agak susah sebenarnya untuk menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Lagi-lagi jika majlis perkahwinan anda hampir tiba. Anda perlu mengambil berat terhadap perkara ini kerana pada majlis perkahwinan kita akan bertemu dengan ramai orang. Malulah kalau mulut berbau nanti. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. Jadi, jika anda mengalami nafas berbau cuba cari di bawah ini.

1. Membersihkan Gigi & Mulut Setiap Hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda.

2. Membersihkan Lidah Setiap Hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

3. Minum Air

Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.

4. Elakkan Mengguna Pencuci Mulut Yang Mempunyai Alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah Gula Getah Tanpa Gula

Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

6. Memeriksa Gigi Anda Jika Terdapat Tanda-Tanda Penyakit Gusi Dan Tulang

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah :

  • Gusi yang bengkak dan merah
  • Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • Gusi yang sakit
  • Nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi ketika mengunyah
  • Terdapat karang gigi

Sumber : myhealth