Tular rakaman anak lelaki Tokti merajuk, Tapi ramai pula tampil luah rasa geram dengan pipinya

2 orang anak Tokti sering menarik tumpuan ramai di media sosial. Lagi-lagi anak penyanyi terkenal di tanah air kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mengikut hantaran rakaman yang dikongsikan oleh salah seorang peminatnya di akaun, Teamgojes_beausiti ini pula membuatkan anak lelaki Tokti menarik tumpuan ramai di aplikasi, TikTok. Tular Ramai luah rasa ‘geram’ dengan sifat comel Muhammad Afwa ni sehinggakan jadi perbualan pulak diruangan komen. Mengikut rakaman, Muhammad Afwa kelihatan merajuk dan mencuit hati warganet yang turut menghiburkan ramai setelah melihat kecomelan anak lelaki Tokti dan suaminya, Datuk K. Terlihat di ruangan komen, ada yang dedah wajah anak pertamanya Siti Aafiyah dikatakan seiras Tokti. Malah anak kedua pasangan tersebut jelas kelihatan seperti Datuk K. Comel betul keluarga bahagia ni sehinggakan rakaman tersebut ditonton lebih 100,000 kali.

Sumber: HCL

Warganet kecewa Tokti luah rasa syukur dapat pahala percuma selepas dikritik isu majlis tahnik. Siti muat naik status luah rasa syukur dapat pahala percuma dikritik warganet. Perkongsian penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersyukur berpeluang mengumpul pahala disaat dirinya dikecam gara-gara majlis tahnik anak keduanya di Instagram mengundang kurang senang warganet. Menerusi laman Twitter, seorang warganet mengakui dia berasa kecewa dengan tindakan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memuat naik status sedemikian. “Aduh, kecewa gila Siti Nurhaliza buat perangai begini. Tak ada maknanya kumpul pahala percuma kalau sendiri buat hal bagi orang mengata. Tak payah yakin sangat malaikat setuju ya. Terus rasa nak unfollow saja mak Afiyah ni,” tulis individu tersebut. Pada Selasa, penyanyi berusia 42 tahun itu berkongsi status di Instastory mengatakan dia berasa seronok kerana dapat mengumpul banyak pahala percuma ketika berdepan dengan dugaan pada 10 malam terakhir Ramadan. “Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ini, kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ni… kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. “Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” kata Siti. Sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai warganet di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu. Rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut. Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkii Mohamad Al-Bakri dan tiga penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain. Berikutan itu, Siti mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya bagi mengelakkan kata-kata negatif dan perbalahan dalam kalangan pengikutnya. Dalam pada itu, individu yang meluahkan rasa kesal terhadap Siti itu juga menerima kritikan warganet lain yang tidak setuju dengan status berkenaan. Mereka turut meminta individu berkenaan berhenti membuat penilaian dan lebih banyakkan beramal di malam-malam akhir Ramadan. “Silakan sis unfollow… tolong la tekan cepat button unfollow lepas itu screenshot ya beritahu semesta alam. Tak ada siapa kisah… mulut kena jaga ya sis Ramadan ini sis. Daripada kau sibuk menilai orang tak habis-habis, lebih baiklah beramal ibadat di malam yang ganjil ni,” komen beberapa warganet. Untuk rekod, lapan individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan. Sumber: Mstar

Terhibur Tengok TokTi Terkejut Sendiri Sambil Beri Markah Peserta Big Stage 2022 – “Alahai… Gelak Pun Merdu Ni”. Keletah juri Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terlupa menutup mikrofon ketika sedang berkira-kira untuk memberikan markah kepada peserta mencuri perhatian netizen.Berkongsi semula aksi comelnya yang sempat dirakamkan ketika siaran langsung Big Stage 2022 pada Ahad, Siti kelihatan terkejut sendiri ketika suaranya ketawa jelas kedengaran. Puji netizen, biarpun spontan, aksi Siti itu disifatkan sangat lemah-lembut dan jika diulang berkali-kali boleh menghiburkan hati.”Sendiri gelak sendiri terkejut,” kata @annatashaabdullah.”Terkejut tu comel betul,” puji @fatinnadawiyah_.”Aksi spontan yang cukup comel. Suka tengok. Gelak pun merdu,” puji pengguna lain pulaDalam hantaran sama, Siti turut menerangkan format pemarkahan dan penilaian yang dibuat beliau berdasarkan pengalaman kepada setiap peserta Big Stage 2022.”Di Big Stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita lock markah terakhir.”Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir.”Ni la keadaan bila nak kena lock markah terakhir tu.. bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.”Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian dan persembahan untuk minggu seterusnya,” ujarnya.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aina Abdul. Manakala kerusi juri pedas dan presiden warganet pula masih diisi oleh penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini. Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital. Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi. Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi. Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal. Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020). Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.