Dedah bakat anak, Sekali ramai terpegun dengan bakat anak perempuan Sharifah Shahirah yang seolah olah seperti professional

Teruja dengan bakat terkini anak selebriti ni. Pengikut Shiera termasuk rakan-rakan selebriti terpegun dengan bakat anaknya ini. Perkongsian Sharifah Shahirah di laman instagram miliknya tarik perhatian ramai termasuk selebriti dan malah pengikutnya juga. Kagum Dengan Anak Shiera. Sharifah Shahirah kongsi rakaman yang jelas kelihatan anak perempuannya, Airra sedang menikmati mainkan lagu Highway Star dengan menggunakan gitar elektrik. Pada kesempatan ini, Shahirah sempat mengata mengenai wajak anaknya gara gara penampilan rambutnya dan memakai pelitup muka. “Anak perempuan saya ya..Dah tak nampak muka. Konsep? Yang penting kerja sambilan sebagai juruwang di @enjoyscorner Awak boleh Airra” tulis Shiera Rakan Selebriti Beri Pujian. Ramai pengikut Shiera termasuk rakan-rakan artis tampil beri pujian terhadap bakat anak gadis Shiera.

Malah, mereka turut mengharapkan agar bakat Airra akan terus digilap kelak. “Berbakat sangat” “Pelapis akan datang” “Gifted.Penuh kesenian dalam dirinya” komen mereka Untuk pengetahuan semua, Shiera mempunyai lima orang cahaya mata termasuk seorang cahaya menerusi perkahwinan pertama, Alissya, Airel, Airra, Audra, dan Adeena. Sumber: Murai.my

Netizen nampak ‘baby bump’, Sharifah Shahirah disangka hamil lagi! – “Korang tak pernah tengok perut buncit ke?” Warganet tegur perut Shiera seakan-akan kelihatan baby bump. Perkongsian video dimuat naik penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang berjalan ke kereta menarik perhatian warganet. Bukan sahaja terhibur dengan aksi lucu Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera yang mahu membeli belacan dengan menaiki kereta mewah, rata-rata netizen turut menegur perut pelakon dan pengacara itu yang seakan-akan kelihatan ‘baby bump’. Malah, terdapat segelintir warganet yang menganggap isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini kini sedang hamil.

“Tahniah Deydey bakal dapat adik baru. Kena cepat cari embak (pembantu rumah) baru la nampaknya. Shiera dah berjangkit dengan Feeya Iskandar mengandung ke? Kak Shiera buat hal… nampak macam baby bump la,” tulis beberapa warganet di ruang komen di perkongsian tersebut. Video yang dikongsikan Shiera pada Ahad kini mendapat lebih 200,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen daripada warganet.

Orang kata buncit itu bahagia… dalam dunia ini I seorang saja buncit. Selepas menerima banyak komen yang mengatakan dirinya mengandung, Shiera tampil menjelaskan bahawa perutnya kelihatan besar bukan disebabkan mengandung sebaliknya hanya buncit. Biarpun tidak mengambil serius dengan komen tersebut, namun kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini meminta warganet berhenti membuat perbandingan bentuk badannya dengan orang lain. “Korang ini tak pernah tengok perut buncit ke… tahu la korang gemuk tapi kempis. I cacing ok.. eh, I buncit semua panas. Jangan benci I sebab I buncit. Jangan nak bandingkan I dengan anda semua yang kempis. Orang kata buncit itu bahagia… dalam dunia ini I seorang saja buncit. Ah suka hati la nak bercakap… sebab anda semua sayang I. I buncit tapi I rajin cuci bilik air. Sampai surat khabar pun telefon I tanya perut I belum leher lagi,” katanya. Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Audrra, Airell, Airra serta Adeena. Pelakon drama 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Allisya Tahir hasil perkahwinannya sebelum ini dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt. Sumber: Mstar

Tak dan nak bermacam-macam, anak kena CvdI9 -Sharifah Shahirah. Pelakon dan penyampai radio harifah Shahirah memaklumkan puteri sulungnya yang juga pengacara, Allisya Tahir disahkan positif  CvdI9 selepas melakukan ujian saringan kendiri. Perkara tersebut dikongsikan penyampai radio Suria FM itu menerusi entri Instagram miliknya. Dalam kapsyen yang sama, Shahirah turut menitipkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 bersama suami tercintanya yang juga pelakon, Ijoy Azhari.

“Selamat ulang tahun perkahwinan Yang (sayang). Tak dan (tidak sempat) nak bermacam-macam. Anak kena Covid-19, banjir, kerja serta anak lain nak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, nak mendaftar anak masuk sekolah menengah, anak nak makan. Ha, tak dan lah. Bye, pergi kerja. Semoga yang lain dilindung waktu ini. Kita jaga kita, sampai tepi kain orang pun jaga. Boleh lah,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut selain menitipkan doa buat mereka. “Selamat ulang tahun perkahwinan kak Shiera dan abang Ijoy. Bahagia selalu,” komen penyampai radio Feeya Iskandar. “Selamat ulang tahun perkahwinan kak Syira dan abang Ijoy. Titipannya lebih kepada luahan urusan keluarga. Apa-apa pun, semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga,” komen pemilik akaun @scaft_station. “Tak pernah tak lawak. Selamat ulang tahun perkahwinan anda berdua,” komen pemilik akaun @anna_samad. Sumber: Utusan

Pernah menjadi mangsa banjir, Sharifah Shahirah bantu ringankan derita orang Pahang. Dalam waktu yang singkat, usaha Sharifah Shahira mendapat perhatian ramai rakan artis serta masyarakat umum yang tidak putus-putus menghulur bantuan wang ringgit serta barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mgs44a banjir. Tidur Sharifah Shahira tidak pernah lena sejak beberapa hari lalu mengenangkan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir di negeri kelahirannya, Pahang. Sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman sukar ketika menetap di Hulu Dong, Raub, pelakon, pengacara dan penyampai radio popular berkenaan sedia maklum kesedihan serta kesengsaraan mgs44a-mgs44a bencana alam itu. Rumah ditenggelami air, perkakas kediaman dibawa arus, terpaksa berpindah ke pusat penempatan serta barangan keperluan peribadi rosak merupakan mimpi ngeri kepada yang pernah melaluinya termasuk artis berkenaan.

Lalu, kerana tidak sanggup melihat mgs44a-mgs44a banjir di Pahang meneruskan kehidupan sehelai sepinggang, dia terdorong untuk menghulur bantuan. Dalam waktu yang singkat, usahanya mendapat perhatian ramai rakan artis serta masyarakat umum yang tidak putus-putus menghulur bantuan wang ringgit serta barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mgs44a banjir.Kata Shahira, antara keperluan asas yang sangat-sangat diperlukan ketika ini ialah air minuman serta pakaian dalam.

“Yang penting sangat, air, pakaian dalam, berus gigi, tuala wanita dan sabun supaya mana yang boleh cuci rumah dah boleh mula cuci rumah. “Terima kasih kepada semua yang membantu, saya mulakan penghantaran hari ni sampai empat hari akan datang,” katanya. Dengan memanfaatkan akaun Instagram peribadinya, Shahira mengalu-alukan bantuan daripada rakan-rakan selebriti dan peminat-peminatnya. “Rakan artis pun ramai yang bagi bantuan kewangan, ribu-ribu ringgit dikongsi. “Ada juga yang bagi RM10 pun kita ucapkan banyak-banyak terima kasih,” tambahnya lagi. Shahira dalam masa sama turut menerima sumbangan pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak daripada beberapa pihak untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Pada Rabu, Shahira mengagihkan sumbangan air minuman kepada mangsa banjir di tiga buah daerah di Pahang iaitu Raub, Benta dan Kuala Lipis. Difahamkan bekalan air di daerah Raub masih terganggu akibat loji rawatan air yang dibanjiri lumpur ketika banjir yang mula melanda pada Ahad. Selain Shahira, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin juga mengambil inisiatif menghulur bantuan segera kepada mgs44a-mgs44a banjir di daerah kelahirannya, Kuala Lipis.Bekalan keperluan asas sumbangan Siti Nurhaliza telah dikirim dari Kuala Lumpur pada Rabu ke lokasi yang dilanda musibah banjir. Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.