Beli produk kecantikan di farmasi dengan mudah. Ini tips mudah berbelanja produk kecantikan di farmasi.

Walaupun saat in banyak online store tetapi drugstore masih menjadi kegemaran orang ramai untuk berbelanja produk kecantikan. Produk kecantikan sudah sebati dengan masyarakat kini sehingga mudah didapati secara dalam talian dengan menekan butang klik ‘buy’ ke jenama pilihan, namun masih ramai berkunjung ke farmasi untuk mendapatkan keperluan diri. Secara teorinya, farmasi sememangnya menjadi tempat yang praktis untuk berbelanja produk kecantikan dengan kelengkapan dan stok banyak.

Kebiasaannya, farmasi atau kedai ubat-ubatan itu menawarkan kelengkapan seperti produk rawatan kulit, barangan solek, rawatan rambut, dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, kebanyakan kedai kecantikan sering memberikan promosi menarik seperti diskaun besar-besaran atau beli satu percuma satu. Ia tentunya untuk menarik lebih ramai pelanggan datang sekaligus mendapatkan pelanggan tetap. Pun begitu, anda disarankan untuk membuat perancangan sebelum berbelanja produk kecantikan, termasuklah:

1. Senaraikan produk

Tip pertama ini merupakan kaedah paling penting sebelum pergi berbelanja ke drugstore, kerana senarai produk yang ingin dibeli boleh menjadi panduan untuk anda berada di kedai ubat. Anda disarankan untuk mencatat produk apa sahaja yang perlu restock di rumah yang diperlukan, contohnya skincare seperti toner, serum, lipstick, haircare atau produk lain. Setelah mencatat semua produk yang diperlukan, anda tidak akan tergesa-gesa atau bingung mencari sesuatu yang ingin dibeli disamping dapat mengelakkan membeli barangan yang tidak diperlukan sekali.

2. Cari review produk

Setelah produk yang ingin dibeli selesai dicatat, tip kedua perlu mencari reviu produk terlebih dahulu sama ada kualiti barang pilihan itu mempunyai penilaian menarik atau sebaliknya. Kaedah itu berkesan untuk mendapatkan pengetahuan berkenaan produk kecantikan yang dijual di pelbagai kedai, malah mudah untuk kita bandingkan produk jenama A dan B. Dalam pada itu, kebimbangan dan rasa bingung pengguna akan mulai reda kerana telahmenentukan produk yang akan dibeli sesuai dengan reviu sebelumnya.

3. Bandingkan harga

Bercakap mengenai harga, siapapun ingin mendapatkan harga yang terbaik keatas pembelian produk selain kualitinya yang tinggi. Bandingkan terlebih dahulu harga produk disetiap media sosial yang dimiliki oleh drugstore tersebut tentang promosi yang ditawarkan. Begitu juga, ketika anda berada di pusat beli-belah, kunjungi beberapa drugstore dan lakukan perbandingan harga sehingga mendapat produk yang harganya lebih murah ataupun promosi menarik.

4. Transaksi tanpa tunai

Bagi memudahkan seseorang untuk berbelanja, sebaiknya gunakan kaedah pembayaran secara cashless atau tanpa tunai. Anda boleh mengamalkan penggunaan kad debit, kad kredit, atau aplikasi dalam talian yang mudah digunakan. Dengan cara itu, pelanggan tidak perlu menunggu wang kembalian dari juruwang dan merapikan wang satu persatu ke dalam dompet. Bukan itu sahaja, bayaran tanpa tunai juga boleh meminimumkan hubungan kita dengan orang lain, seperti kurang bersentuhan atau menerima wang secara bertukar-tukar dari juruwang disamping dapat mengelakkan penularan Covid-19. Sumber: mstar.

Jangan Salah Makan. Ini Jenis Jenis Paracetamol Dan Kegunaannya Yang Korang Perlu Tahu

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia tentang bekalan ubat paracetamol atau Panadol yang kehabisan stok di mana-mana stokis ubat dan juga farmasi di negara kita.Disebabkan itu, ramai yang ‘sambar’ je apa-apa jenis Panadol yang ada asalkan boleh bantu untuk hilangkan sakit kepala atau sakit-sakit badan. Pun begitu, korang jangan main beli je paracetamol tanpa tahu kegunaannya. Haa, korang mesti ingat semua jenis Panadol tu sama kan? Tak gais! Jadi, min nak kongsi jenis paracetamol dengan function dia sekali ni.

1. Panadol ActiFast

Panadol ActiFast sesuai untuk melegakan sakit kepala dan boleh dikatakan laku keras juga kat pasaran. Memang cepat je habis. Walau bagaimanapun, ianya kurang sesuai untuk pesakit yang mempunyai sakit drh tinggi. Kenapa pulak tak sesuai? Haa, ini adalah disebabkan Panadol ActiFast mengandungi kandungan sodium sebanyak 173mg yang mana ia membantu untuk mempercepatkan serapan ubat ke dalam usus kecil.

2. Panadol (Biasa)

Panadol biasa ni merupakan jenis paracetamol yang wajib setiap orang ada walaupun hanya sepapan. Ini kerana ia sesuai digunakan kepada semua pesakit kecuali bayi serta kanak-kanak kecil bawah 12 tahun kerana tiada kandungan sodium. Kandungan ubat ini terdiri daripada kalsium karbonat, asid alginic dan krospovidon yang membantu ubat untuk cepat hancur serta mudah diserap dalam badan.

3. Panadol Extend

Paracetamol yang ketiga ni, sesuai dimakan untuk melegakan sakit otot dan juga sendi. Kebanyakan pesakit yang mengalami sakit kronik akan disarankan untuk makan Panadol Extend ni. Ini kerana, ia mempunyai dua lapisan dalam ubat untuk memanjangkan tempoh serapan ubat ke dalam badan. Disebabkan proses itu, ubat itu akan bertahan dalam jangka yang lama sehingga 8 jam.

4. Panadol Menstrual

Siapa je yang tak pernah tablet Panadol warna pink ni kan? Haa, kalau warna pink ni mesti sinonim dengan kaum wanita kan? Sebab tu juga, Panadol Menstrual ni hanya boleh diambil oleh wanita sahaja. Jenis paracetamol ni mengandungi pamabrom sebanyak 25mg yang mana ia membantu mengesan diuresis atau ayat yang lebih mudahnya adalah untuk menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa wanita datang haid.

5. Panadol Extra

Ada tak antara korang yang selalu alami sakit kepala yang melampau ataupun migrain yang menyebabkan korang rasa nak tidur je sepanjang hari? Haa, Panadol Extra adalah jenis paracetamol yang sesuai dimakan ketika mengalami sakit-sakit tersebut. Pun begitu, ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Extra ini kerana ia mengandungi kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 65mg. Malah, ia juga sesuai untuk meredakan sakit gigi yang teramat sangat!

6. Panadol Soluble

Habis tu, macam mana untuk orang yang tak boleh makan ubat biji? Haa, korang jangan risau! Paracetamol Panadol Soluble ni memang sesuai untuk sesiapa yang susah atau tak boleh makan ubat biji. Hanya perlu larutkan je dalam air. Sama juga seperti Panadol ActiFast, Panadol Soluble tak sesuai untuk diambil oleh peskit yang mengalami darah tinggi kerana kandungi sodium yang tinggi iaitu sebanyak 427mg. Sekarang korang dah tahu kan function setiap jenis paracetamol Panadol ni? Harapnya jangan lah pula korang borong semua Panadol yang ada. Mana tahu ada yang lebih memerlukan. Sumber: lobakmerah.