Tanpa kita ketahui tabiat seharian ini boleh merosakkan otak. Ini 9 tabiat harian yang boleh merosakkan otak.

kesihatan

Fungsi otak boleh merosot kerana perkara buruk atau tabiat harian tanpa disedari. Otak merupakan organ yang mempunyai peranan sangat penting dalam mengawal keseluruhan saraf badan, namun fungsinya mungkin berkurangan disebabkan oleh perkara buruk atau tabiat harian seseorang. Malah sangat penting untuk kesihatan otak dan prestasinya sentiasa berada di tahap optimum selain mengekalkan kesihatan organ dalam badan yang lain.


Menurut pelbagai kajian, apabila seseorang itu gagal menjaga otak dengan baik, ia akan menyebabkan k3mtian.Saintis juga ada mengatakan terdapat beberapa tabiat atau perubahan gaya hidup yang cukup besar pengaruhnya terhadap kerosakan otak, termasuklah;

1. Konsumsi ubat-ubatan

Menurut WebMD, ubatan tertentu seperti antidepressed atau antihistamin yang dijual bebas, boleh menyekat tindakan acetylcholine. Acetylcholine adalah bahan kimia pada otak yang memainkan peranan penting melalui kaedah pembelajaran dan ingatan. Hasil kajian mendapati, pengambilan ubat-ubatan ini dalam jumlah yang tinggi dan jangka panjang, adalah sangat berisiko untuk mendapat demensia.

2. Kurang terdedah sinar matahari

Seseorang yang terlalu kerap dalam suasana bilik gelap dan kurang mendapat cahaya matahari dengan cukup akan meng4kibatkan beberapa kesan buruk terhadap kesihatan. Malah, keadaan itu akan memperlahankan prestasi otak hingga menyebabkan kemurungan, gangguan sistem saraf, sehingga risiko sakit jantung. Penyelidik mengesyorkan pada waktu pagi, cuba luangkan masa di kawasan lapang yang terdedah kepada matahari untuk membantu mengekalkan fungsi otak yang baik.

3. Kurang tidur

Kurang tidur juga boleh menyebabkan beberapa masalah sampingan, seperti mengantuk yang melampau pada siang hari, kemurungan, dan gangguan ingatan yang sistemnya berada di dalam otak. Atas dasar itu, seseorang yang kurang tidur akan menjejaskan hippocampus, iaitu bahagian kecil otak yang memainkan peranan penting dalam mengingati maklumat baharu dan menghubungkan emosi ke dalam kenangan. Jika tabiat buruk ini berterusan tanpa kawalan, maka perlahan-lahan keupayaan sel pada otak akan berkurangan.

4. Makanan tinggi kandungan gula

Selain meningkatkan peluang obesiti, pengambilan makanan tinggi gula secara berlebihan adalah tabiat yang merosakkan otak dan sering tidak disedari. Paras gula yang tinggi dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrien, seterusnya menghalang pertumbuhan otak. Ini disebabkan oleh kandungan zat makanan yang jarang dikonsumsi yang akhirnya bekalan nutrien ke otak juga menjadi berkurangan.

5. Memakai earphones dengan suara tinggi

Mendengar muzik yang kuat bunyinya menggunakan earphones boleh merosakkan pendengaran seseorang perlahan-lahan sehingga jangka masa yang panjang atau kekal. Bukan itu sahaja, tabiat ini boleh mengakibatkan beberapa masalah otak seperti hilang ingatan dan kerosakan tisu otak pada masa hadapan. Perlu diketahui, otak adalah satu-satunya organ yang memerlukan usaha untuk memahami apa yang diperkatakan di sekelilingnya. Jika anda meletakkan terlalu banyak tekanan padanya, ia akan mengakibatkan kerosakan.

6. Melewatkan sarapan pagi

Selalu skip sarapan sebenarnya cukup mempengaruhi kesihatan otak kerana organ ini tidak mendapat nutrien. Beberapa kajian menerangkan bahawa kanak-kanak yang suka membiasakan diri dengan sarapan pagi sebelum aktiviti mereka, mempunyai prestasi yang baik di sekolah. Selain itu, 80 peratus daripada otak adalah air, jadi jika anda mengalami dehidrasi, ia akan menyukarkan untuk menumpukan perhatian kerana anda hilang fokus.

7. Sering bersendirian

Sesetengah orang yang mempunyai personaliti tertentu mungkin lebih suka menyendiri di tempat yang sunyi sambil melakukan aktiviti kegemaran mereka. Namun, jika terlalu kerap bersendirian tanpa interaksi sosial, dikhuatiri akan mengganggu fungsi otak dan meningkatkan risiko sakit Alzheimer. Tidak salah jika sesekali mahu berikan ruang untuk diri sendiri asalkan tidak terlalu kerap sehingga orang-orang sekitar menyedari tentang kehilangan anda.

8. Terlalu banyak makan

Selain risiko kenaikan berat badan, sentiasa makan dengan jumlah makanan yang banyak juga memberi kesan kepada otak. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalori yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan peluang seseorang itu mengalami simptom hilang ingatan. Terdapat juga kerosakan lain iaitu mild cognitive impairment (MCI) iaitu kerosakan yang akan mengakibatkan demensia yang mungkin berlaku dalam jangka masa panjang.

9. Merokok

Bukan sahaja menyebabkan kns3r, tabiat merokok merupakan antara penyumbang utama kepada kerosakan otak. Nikotin dalam rokok boleh memberi kesan ketagihan, namun sebaliknya, bahan berbahaya ini mampu melemahkan fungsi otak. Jika otak mula lemah dan kemudian mengecut, kemungkinan penyakit lain iaitu Alzheimer juga akan berlaku. Sumber: mstar