Jom booking slot vaksin untuk anak anda. Ketahui 10 langkah mendaftar dengan mudah di MySejahtera.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu. Ibu bapa atau penjaga di seluruh negara sudah boleh mula mendaftarkan anak mereka untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu. Sebelum ini, sistem tempahan temu janji untuk PICKids ini hanya boleh dibuat oleh ibu bapa di Lembah Klang sahaja. Perkhabaran terbaharu ini adalah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak termasuk perlindungan terhadap varian Omicron yang lebih mudah dijangkiti.

Selepas kanak-kanak didaftarkan sebagai tanggungan (dependent) oleh ibu bapa atau penjaga di MySejahtera, ibu bapa atau penjaga boleh memilih PPV pilihan mereka berdasarkan lokasi, tarikh dan masa pilihan untuk menempah janji temu. Ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk mengemas kini MySejahtera kepada versi terkini sebelum meneruskan untuk membuat janji temu.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin turut turun padang bertemu dengan kanak-kanak yang akan mengambil vaksin.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftarkan PICKids di MySejahtera.

1. Daftar anak sebagai tanggungan (dependent) di aplikasi MySejahtera anda

2. Pergi ke skrin utama aplikasi MySejahtera dan klik pada vaksinasi Covid-19.

3. Klik pada nama anak yang ingin diberikan vaksin

4. Klik pada pautan biru ‘Klik di sini untuk menempah janji temu tanggungan anda’.

5. Sahkan dan nyatakan bahawa tanggungan anda tidak pernah mengalami alahan yang teruk dan tidak menggunakan ubat blood-thinning. Jika anda menjawab ‘tidak’ kepada mana-mana soalan tersebut, tanggungan anda akan menjalani penilaian pra-vaksinasi.

6. Jika kedua-dua kotak pada soalan tersebut ditandakan, anda boleh teruskan memilih jenis vaksin dan pusat vaksinasi pilihan. Anda perlu memilih Pfizer (Children) sebagai jenis vaksin

7. Pilih nama PPV dan lokasi PPV pilihan

8. Pilih slot janji temu yang tersedia. Klik ‘See more’ untuk melihat slot-slot tersedia yang lain.

9. Sebelum klik sahkan, pastikan semua maklumat yang dipilih betul (jenis vaksin, PPV, tarikh dan masa janji temu).

10. Slot vaksinasi yang disahkan akan dipaparkan.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang layak bagi melindungi mereka daripada komplikasi yang serius, khususnya daripada dijangkiti Sindrom Radang Berbilang Sistem dalam Kanak-kanak (MIS-C). “Pada Februari lalu, dilaporkan tujuh kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Malaysia telah meninggal dunia akibat MIS-C daripada jangkitan Covid-19 dan kes juga menunjukkan peningkatan.

“Penyelidikan membuktikan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun berkesan dan mampu meningkatkan imuniti dan juga dapat mengurangkan risiko sakit yang serius akibat Covid-19. Sila lindungi keluarga anda dengan mendapatkan vaksin,” katanya. Ibu bapa atau penjaga juga boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)’.

Sehingga kini, terdapat 821 PPV fasiliti kesihatan swasta (klinik swasta, hospital pakar swasta, hospital swasta dan pusat penjagaan ambulatori) dan 91 PPV offsite yang berdaftar di bawah ProtectHealth yang menyediakan vaksin untuk PICKids. Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 879,264 dos vaksinasi untuk PICKids telah diberikan sejak dimulakan pada 3 Februari 2022 dan daripada jumlah itum sebanyak 568, 731 dos atau 64.6 peratus disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth. Sumber: mstar

Mengejutkan 7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Vaksin. Tetapi Ada Syarat Lain Yang Perlu Dipatuhi.

Walaupun beberapa negara ini menerima pelancong tanpa vaksinasi, namun masih perlu menyediakan bukti ujian PCR yang negatif. Covid-19 telah mengubah arus kehidupan di dunia sehingga meruntuhkan sektor ekonomi, malah pelbagai negara menampung kerugian yang besar. Jalan keluar dan masuk ke setiap negara turut ditutup di samping masyarakat disarankan untuk mengambil vaksin dan kuarantin diri di rumah jika terdapat gejala awal Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang menolak ‘kebenaran’ pandemik ini sehingga menerima atau memberi peluang kepada pelancong untuk datang atau masuk ke negara mereka. Namun perlu diketahui, pelancong dinasihatkan untuk menyemak garis panduan negara-negara destinasi tujuan yang menerima pelancong tanpa vaksin;

1. Greece

Sesiapa yang ingin melawat Greece akan dikehendaki mengisi Borang Penumpang selewat-lewatnya sehari sebelum ketibaan. Menurut laporan, borang itu akan mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi berlepas penumpang, dan juga tempoh penginapan sebelumnya di negara lain. Selain itu, semua orang akan dikehendaki menyerahkan keputusan ujian Covid-19 negatif yang telah diperoleh dalam masa 72 jam selepas ketibaan di Greece. Sijil vaksinasi juga tidak diperlukan.

2. Portugal

Portugal terbuka kepada pelawat yang tidak divaksinasi, selagi mereka dapat membuktikan bahawa pengunjung tidak dijangkiti virus itu apabila memasuki negara itu.Menurut laporan, pengembara dikehendaki menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil dalam tempoh 72 waktu ketibaan mereka, atau 48 jam jika telah mengambil ujian antigen.

Pengembara juga perlu menyerahkan borang soal selidik pengembara sebelum berlepas. Dalam pada itu, syarikat penerbangan mungkin akan menolak pelancong untuk menaiki pesawat jika gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan.

3. Croatia

Bagi mereka yang tidak memiliki vaksin juga, boleh berkunjung ke negara Croatia bersama bukti ujian PCR Covid-19 negatif. Saringan perlulah diambil dalam tempoh 72 jam selepas ketibaan di negara itu, atau ujian antigen yang telah diambil dalam tempoh 48 jam selepas ketibaan. Pelancong juga boleh masuk dengan mendapatkan sijil doktor yang membuktikan bahawa mereka telah pulih, jika pernah positif antara 11 dan 180 hari sebelumnya.

4. Turki

Walaupun divaksinasi adalah salah satu cara melawat Turki, pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki negara ini dengan mengikuti peraturan tertentu. Pelancong perlu menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil 72 jam sebelum ketibaan mereka, atau telah menjalani ujian antigen pantas dalam masa 48 jam selepas ketibaan mereka. Pun begitu, pengunjung akan dikehendaki menunjukkan borang dalam talian yang telah dilengkapkan 72 jam sebelum perjalanan, malah mungkin tertakluk kepada saringan perubatan.

5. Mexico

Mexico juga terbuka kepada semua jenis pengembara, yang dilaporkan sebelum ini tiada sebarang keperluan untuk pelawat memberikan ujian PCR negatif atau kuarantin semasa ketibaan. Seperti yang diketahui, pengembara akan dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu, dan menunjukkan kod QR daripada borang semasa memasuki negara ini. Sebagai tambahan, penginapan di sana juga akan meminta tetamu mengisi borang soal selidik kesihatan semasa ketibaan.

6. Maldives

Sama seperti negara lain, Maldives juga mewajibkan semua pelawat memberikan ujian PCR negatif semasa ketibaan di sana. Ujian dan sijil PCR negatif mestilah dikeluarkan tidak lebih dari 96 jam sebelum berlepas, walaupun pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin. Selain itu mereka yang tidak diberi vaksin sepenuhnya akan dibenarkan masuk tetapi perlu mengasingkan diri selama 14 hari dan mengambil ujian sebelum meninggalkan kuarantin.

7. Costa rica

Pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki Costa Rica, tetapi peraturan di negara itu lebih ketat. Tidak seperti kebanyakan negara, pelancong yang tidak divaksinasi tidak perlu mengemukakan ujian Covid-19 untuk memasuki Costa Rica. Walau bagaimanapun, pelancong perlu membeli insurans perjalanan kesihatan khas dan melampirkannya pada pas Kesihatan.