Tempat paling banyak kuman di Lapangan Terbang. Ini 7 lokasi paling banyak kuman di Lapangan Terbang.

Tahukah kamu setibanya di lapangan terbang terdapat beberapa lokasi yang perlu kamu berhati-hati, dan sanitizer diri dan beg bagasi awal-awal bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ingin mengetahui di manakah lokasi yang dimaksudkan itu, jom lihat di bawah bersama:

1 Tangga

Di lapangan terbang kawasan yang banyak kuman dan bakteria salah satunya adalah kawasan tangga, terutama di bahagian tempat pemegang tangan. Justeru itu, elakkan dari memegang tempat pemegang tangan yang terdapat di tangga bagi mengelakkan kuman melekat di tapak tangan, badan atau pakaian.

2 Eskalator

Kawasan ini juga sama seperti di atas, tempat pemegang eskalator merupakan tempat tertumpunya bakteria dan kuman. Meski di lapangan terbang kawasan pemegang tersebut kerap di sanitizer, tetapi bakteria tetap ada dan berlegar di kawasan tersebut.

3 Tempat Duduk Awam

Tempat duduk awam di lapangan terbang juga tidak lari dari bakteria dan kuman, oleh itu sebelum duduk kamu perlu lap dan sanitizer tempat duduk tersebut.

4 Skrin Sentuh

Tatkala berada di lapangan terbang pastinya kamu tidak lari dari melakukan urusan di mesin atau kiosk-kiosk paparan skrin sentuh bukan. Tahu tak di skrin sentuh tersebut merupakan tempat banyak bakteria dan kuman melekat, oleh itu selesai saja urusan segera mencuci tangan dan pakai sanitizer.

5 Kepala Paip Minuman

Di kawasan rehat atau medan makan kadang-kala menyediakan mesin minuman air percuma, pengunjung hanya perlu menadah botol atau cawan kosong di kepala paip mesin tersebut. Tetapi kamu harus berhati-hati kerana dikawasan sekitar kepala paip juga terdapatnya bakteria berterbangan di udara.

6 Bekas Letak Barang

Setibanya di bahagian pemeriksaan sebelum memasuki kapal terbang, orang ramai perlu diperiksa dan barang-barang perlu diletakkan di dalam bekas. Bekas plastik berupa basin itu merupakan kawasan yang banyak bakteria dan kuman, oleh selesai pemeriksaan setiap barang yang diletakkan dalam bekas tersebut perlu disanitizerkan sebelum memasuki kapal terbang.

7 Tandas

Ini merupakan salah satu lokasi yang jelas-jelas tempat kesukaan bakteria, apatah lagi orang ramai dari pelbagai negara mengunjungi tandas jadi tidak hairanlah bakteria dan kuman banyak berterbangan di situ. Dalam masa pandemik begini, disarankan agar orang ramai lebih peka menjaga SOP apabila di lapangan terbang nanti. Sumber:murai.my

Jouhatsu Adalah Salah Satu Amalan Menghilangkan Diri Di Jepun. Ketahui Amalan Paling Popular Dilakukan Mereka Ini.

Jouhatsu sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Jepun yang ingin menghilangkan diri. Pasti ada antara kita yang pernah berasa bosan dan letih dengan rutin kehidupan harian yang dilalui setiap hari sehingga terfikir untuk meninggalkan semuanya, menghilangkan diri dan mulakan kehidupan baharu. Keinginan itu boleh jadi bertambah kuat apabila kita melakukan satu kesalahan besar atau kekecewaan yang membuatkan diri berasa malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Meskipun terfikir untuk menghilangkan diri tetapi biasanya ia sekadar perasaan dan tidak ramai melakukannya atas pelbagai faktor tetapi ia bukan sesuatu yang asing di Jepun. Di negara matahari terbit itu, ia dikenali sebagai Jouhatsu yang merujuk kepada individu yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa dapat dikesan keberadaan mereka selama bertahun-tahun.

Masalah hutang, keluarga dan perkahwinan antara alasan biasa mengapa ramai menghilangkan diri.

Salah seorang Juhatsu, Sugitomo, 42, memberitahu dia menghilangkan diri dan memulakan kehidupan baharu kerana sudah muak dengan pelbagai masalah menimpanya selain tidak ingin berhubung dengan sesiapa daripada kehidupan lampaunya. “Saya masih ingat, ketika menghilangkan diri, saya hanya bawa sebuah beg dan meninggalkan benda lain dan melarikan diri,” katanya seperti dilaporkan BBC.Sugitomo berkata, sebelum menghilangkan diri, dia tinggal di sebuah perkampungan kecil di mana semua orang mengenali antara satu sama lain. Dia bertindak melarikan diri selepas diasak oleh keluarga dan penduduk kampung untuk meneruskan perniagaan milik keluarganya justeru dia bertindak melarikan diri tanpa memberitahu sesiapa.

Syarikat perkhidmatan Jouhatsu

Pengakuan Sugitomo itu hanyalah satu di antara ribuan kes Jouhatsu di Jepun dan antara penyebab mendorong lebih ramai melarikan diri daripada kehidupan mereka adalah kerana hutang keliling pinggang, perc3raiamasalah keluarga.

Individu yang menghilangkan diri mahu memulakan kehidupan baharu.

Disebabkan semakin ramai yang ingin menghilangkan diri, wujud pula pelbagai syarikat perkhidmatan Jouhatsu bagi membantu individu melarikan diri secara senyap. Operasi dipanggil ‘night moving’ itu bagi membantu mereka mencari tempat tinggal baharu secara rahsia selain memindahkan barangan mereka tanpa pengetahuan sesiapa. “Pada awalnya ramai yang ingin menghilangkan diri kerana lari daripada hutang tetapi sejak akhir-akhir ini ia bukan lagi sebab utama sebaliknya terdapat pelbagai sebab orang ingin memulakan kehidupan baru,” kata pemilik syarikat perkhidmatan Jouhatsu, Sho Hatori.

Jouhatsu bermula sejak era 1960-an

Ahli sosiologi, Hiroki Nakamori pula memberitahu Jouhatsu telah mula berlaku sejak era 1960-an di mana ketika itu ramai yang ingin berc3rai tetapi berasa malu untuk berbuat demikian. Selain itu, pada zaman itu, proses perc3raian di Jepun cukup rumit yang membuatkan mereka menghilangkan diri sebagai cara terbaik untuk berpisah dengan pasangan masing-masing.

Jouhatsu sudah bermula sejak era 1960-an di Jepun.

Lebih membuatkan ramai nekad melarikan diri adalah privasi mereka sangat dilindungi malah mereka boleh mengeluarkan wang di mesin ATM tanpa diketahui sesiapa. “Polis tidak akan campur tangan kecuali ada alasan lain seperti berlaku perbuatan khianat atau kemalangan. “Sekiranya keluarga tetap ingin mengesan ahli keluarga, mereka perlu mengupah penyiasat peribadi atau tunggu sahaja kepulangan mereka,” katanya. Sementara itu, Sugimoto memberitahu perasaan sedih dan menyesal masih menebal di dalam dirinya meskipun sudah memulakan kehidupan baharu. Setiap hari katanya, dia sentiasa terkenangkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan malah sentiasa tertanya-tanya keadaan mereka. Sumber: mstar