USA antara 55 negara kerap makan mi segera, Ketahui Negara kita ditangga berapa

Umum lagi kita ketahui mi segera memang digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Mi segera bukan sahaja murah dan mempunyai pelbagai pilihan, malah cukup mudah dimasak sehingga digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Meskipun makan mi segera terlalu kerap boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan, namun masih ramai menjadikannya ia sebagai makanan pilihan terutama ketika malas memasak atau bajet pada hujung bulan. Di Malaysia sendiri, terdapat lambakan mi segera di pasaran sehingga setiap pasar raya akan menyediakan lorong dan rak khas menjual pelbagai jenama bagi produk itu. Perkara tersebut turut dibuktikan dengan data terbaharu yang dikeluarkan World Instant Noodles Association (WINA) yang mengeluarkan senarai negara paling banyak mengambil mi segera.

Mi segera juga digemari oleh masyarakat di Amerika.

Data yang dikeluarkan pada 2021 itu menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-13 daripada 55 buah negara yang disenaraikan. Carta itu diungguli oleh China dan Hong Kong sebagai negara paling banyak makan mi segera disusuli oleh negara jiran, Indonesia di tempat kedua. Produk terkenal Indomie juga malah berjaya memasuki carta 10 mi segera terbaik dan menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Paling mengejutkan dalam senarai 10 teratas, Amerika Syarikat berada di kedudukan keenam dengan 5.050 juta orang di negara itu gemar memakan mi segera.

Mi segera mudah dimasak dan tidak memerlukan masa yang panjang.

Manakala Jepun pula berada di tempat kelima dengan 5.9 juta penduduknya makan mi segera. Angka itu bukan sesuatu mengejutkan kerana budaya di Jepun gemar menikmati makanan itu. Apatah lagi gaya hidup yang cepat membuatkan ramai memilih makanan itu kerana mudah dan ‘mengenyangkan’. Menurut WINA, India mencatatkan 6.73 juta penggemar mi segera dan perasa paling popular adalah sayur-sayuran dan kari kerana kebanyakan penduduk di negara itu adalah vegeterian. Tidak hanya itu, mi segera di India juga banyak dijual dalam paket kecil yang disebut sebagai chota packs iatu makanan ringan untuk kanak-kanak. Sumber, mstar