Rupanya ini punca sakit perut ketika berpuasa, makan tak ingat dunia salah satu punca

kesihatan

Memang masalah cirit-birit ketika berpuasa boleh membuatkan badan seseorang bertambah lemah. Masalah cirit-birit ketika berpuasa boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lemah ekoran kehilangan banyak cecair dalam badan. Penyebab paling biasa bagi masalah itu adalah jangkitan virus atau bakteria pada sistem pencernaan selain tabiat pemakanan seseorang ketika berbuka puasa. Selain perut rasa memulas dan kerap membuang air besar, beberapa gejala lain ketika mengalami cirit-birit adalah pening, mual, muntah, sakit di bahagian dada, najis berwarna merah (tanda kehadiran darah) dan rasa sakit pada anus disebabkan kerap ke tandas.

Pelbagai punca boleh menyebabkan cirit-birit

Tahukah anda jangkitan bakteria atau pemakanan tidak seimbang ketika berbuka puasa antara punca cirit birit. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi cirit-birit terutama ketika sedang berpuasa. Apa yang paling penting adalah mengurangkan aktiviti berat dan pergerakan sakit perut yang memulas tidak bertambah teruk. Namun jika keadaan semakin teruk, anda disarankan untuk berbuka puasa dan minum air secukupnya bagi menggantikan cecair yang keluar daripada badan akibat cirit-birit. Maka sepanjang berpuasa, kita perlu mempersiapkan diri bukan sahaja dari segi amalan tetapi merancang pemakanan agar terhindar daripada sebarang penyakit dan kesukaran untuk beribadat.

Berbuka dengan makanan ringan seperti kurma yang penuh dengan khasiat

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan sakit perut sepanjang berpuasa, iaitu. Banyak minum air putih ketika bersahur dan berbuka puasa, Makan makanan dalam jumlah yang kecil, Elak makanan bergoreng, Elak makanan penyebab perut kembung seperti kekacangan dan sayur brokoli, Elak minum minuman tinggi kandungan kafein seperti kopi atau teh. sumber, mstar.