Lebih gemarkan panas atau sejuk, Rupanya selera suka minum kopi panas seorang ekstrovert

Umum lagi memang sudah kita ketahui bahawa kopi memang menjadi kegemaran ramai. Kopi adalah antara minuman pilihan ramai terutamanya pada waktu pagi bagi menghilangkan rasa mengantuk dan mood booster untuk memulakan aktiviti harian. Selain daripada menu klasik iaitu kopi O dan kopi susu, terdapat pelbagai jenis perasa yang dijual dalam memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar kopi seperti mocha, cappucino, latte, espreso, flat white dan sebagainya. Tapi tahukah anda, selain daripada pemilihan perisa kopi, cara ia dibancuh sama ada sejuk atau panas juga boleh menceritakan tentang keperibadian seseorang.

Kopi ais memandakan peribadi yang ceria dan sukakan aktiviti mencabar

Sebuah kajian menemukan, penggemar kopi sejuk mempunyai peribadi yang ceria, menyukai aktiviti lasak dan mencabar. Golongan ini juga gemar menonton filem-filem dengan genre fiksyen dan ilmiah. Individu yang suka kopi ais juga suka menggembara. Salah satu kajian juga mendapati mereka yang suka kopi jenis ini lebih aktif di media sosial Instagram.

Penggemar kopi panas seorang ekstrovert

Berbeza dengan penggemar kopi ais, peminum kopi panas biasanya disukai oleh individu ekstrovert yang lebih sukakan suasana mendung tetapi mempunyai selera humor yang tinggi. Meskipun seorang yang bersikap santai dan sukakan kedamaian, golongan ini tidak gemar menggembara dan lebih suka duduk di rumah dan minum segelas kopi panas. Jenis kopi berdasarkan usia, pemilihan kopi juga boleh menandakan usia seseorang misalnya, generasi Z cenderung sukakan kopi sejuk sementara yang lebih berusia lebih suka secawan kopi panas. Sumber, mstar

Kerap Tiada Mood, Ketahui Makanan Dan Minuman Yang Boleh Bangkitkan Mood Ceria Anda. Kadang-kala, kita sering mengalami perasaan yang galau, sehingga menyebabkan kita mendapat ‘bad mood’. Tentulah, banyak hal terkesan apabila kita mengalami bad mood seperti pekerjaan dan orang di sekeliling.Bagaimana nak perbaiki mood anda agar kembali normal, ceria seperti selalu? Apa kata pulihkan suasana hati dengan beberapa jenis makanan ini seperti Ikan salmon dan tuna, Ikan salmon dan tuna mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang baik untuk jantung dan otak. “Asid Lemak Omega-3 yang kaya dalam ikan mampu membantu meningkatkan mood,” jelas editor bersekutu International Journal of Disease Reversal and Prevention, Dr. Casey Means, MD. Pencegahan tekanan perasaan juga boleh dilakukan dengan bantuan Omega-3 kerana sifat anti-radang yang baik untuk otak.

Coklat gelap

“Kajian telah menunjukkan bahawa gejala tekanan perasaan menjadi semakin rendah apabila seseorang itu menikmati coklat hitam,” kongsi Dr. Means. Tambahnya, pengambilan coklat gelap dalam jumlah yang banyak mampu untuk mengurangkan gejala depresi sebanyak 57 peratus.Katanya, ia mungkin disebabkan kandungan polifenol kakao dalam coklat gelap yang merupakan anti-oksida kuat yang dapat meningkat profil keradangan.

Kopi

Ada segelintir individu yang mempercayai bahawa kandungan kafein dalam kopi dapat menjadikan mereka berasa cemas dan gelisah. Bagaimanapun, kafein juga boleh menghentikan sebatian semula jadi yang dipanggil adenosin daripada melekat pada reseptor otak yang membuatkan kita berasa lesu.Dengan meminum kopi, kita sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan perhatian, jadi ia memberi kesan positif pada mood. Kafein juga telah dibuktikan secara saintifik dapat meningkatkan pembebasan neurotransmitter yang meningkatkan mood, seperti dopamin dan norepinephrine. Kajian 2018 terhadap 72 orang dewasa mendapati bahawa kopi berkafein dan tanpa kafein meningkatkan mood orang dengan ketara. Sumber, gempak