Raih keuntungan 19 ribu masa hari terakhir meniaga, ramai yang kagum bila Syahmi Sazli bagi ini pada pekerja

“TERIMA KASIH PEKERJA KU.. Insyaallah ada rezeki, kita kerjasama lagi” Itu kata-kata terakhir Syahmi Sazli pada hari terakhir jualan air balang. Dengan mencatat jualan sebanya’ RM19 ribu pada hari tersebut, Syahmi memohon maaf kepada semua pekerja kerana terpaksa memberhentikan jualan mereka secara mengejut. Memahami kesulitan pekerja untuk mendapat pekerjaan yang lain, Syahmi telah memberi bonus saguhati kepada pekerja beliau sebanyak seribu ringgit setiap orang. Terharu dengan pengumuman tersebut, ada di kalangan pekerjanya yang sebak hingga mengalir air mata. Rata-rata warganet memuji cara layanan baik Syahmi kepada pekerja. “Sebab tu kita kena selalu berdoa untuk jadi orang Islam yang kaya raya, supaya dapat bantu lebih ramai orang. Ini anak muda contoh. Tahniah Mie, semoga terus berjaya di dunia dan akhirat…” komen seorang warganet

Terdahulu Risau jika ada terambil hak orang lain, Youtuber terkenal Syahmi Sazli nekad mengakhiri jualan air balang yang diniagakan ketika ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Pengarah Mael Totey The Movie ini, sepanjang bulan Ramadan yang lepas, Syahmi ada menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis air balang. Malah ia sangat laris dan mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Masakan tidak, dalam 3 minggu berniaga, Syahmi mampu mendapat pulangan bersih mencecah lebih RM60,000. Namun demikian, terbaru Syahmi dikatakan mengambil keputusan nekad untuk menghentikan jualan air balang tersebut pada hari Khamis (9 Jun) ini. Ia susulan, gerai air balang tersebut di tepi jalan, penuh sesak dengan orang ramai yang beratur dan mungkin menganggu kawasan jiran setempat, terutamanya berkaitan ‘parking’.

Di samping penjelasan tersebut, pengarah ini juga berharap agar dapat membuka kedai menjual air balang yang lebih besar dan selesa pada masa akan datang. Syahmi juga menjelaskan berusaha menyediakan stok yang banyak pada hari terakhir operasi jualan air balang beliau. Malah demi keadilan bersama bagi yang membeli, beliau hanya menjual dalam cawan berbanding bungkus serta mengutamakan pembeli yang datang berbanding menggunakan khidmat ‘runner’. Kredit, fb syahmi sazli, mingguan wanita