Muat naik gambar tak bertudung dan gambar suami dah tiada, ramai yang sangka rumahtangga Nina Iskandar ada masalah tapi ni pula respon tuan badan

Nina Iskandar membuat ramai tertanya-tanya apabila dia memuat naik gambar tidak bertudung di akaun Instagramnya. Spekulasi dirinya sudah ‘cabut’ tudung menjadi bualan hangat warganet. Tampil menjelas, Nina kata sebelum ini dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa dirinya sudah berhijab. “Saya tidak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal itu,” katanya kepada mStar Online. Sementara itu sudah tiada gambar suaminya di akaun media sosial itu menimbulkan dakwaan betulkah rumah tangganya goyah? Namun jawab pelakon ini, “Doakan yang terbaik. Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan. Saya mahu turunkan semula berat badan.

“Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan.” Nina dan Lan Lebah kahwin pada April 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019. Mengenai lakonan pula Nina berkata, “Saya masih menerima tawaran berlakon tetapi disebabkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini susah untuk keluar negara. Tambahan pula anak masih kecil sebelum ini dan kami tidak boleh berjauhan. “Memang rindu nak berlakon. Sekarang perintah kawalan telah longgar dan saya sedia untuk kembali bekerja.“Sekarang ini fokus turunkan berat badan dahulu. Sasaran saya mahu capai berat ideal iaitu 50 kilogram. Saya lakukan senaman bersama jurulatih peribadi dan mengawal pemakanan. Saya sudah mula lakukan semua ini sejak hujung April lalu.” Sumber, Cari

Nina Iskandar lahir anak lebih awal daripada jangkaan. RASA syukur tidak terhingga dan hadiah tahun baharu 2020 begitu bermakna buat pelakon Nina Iskandar, 28, yang menimang cahaya mata hari ini. Nina yang berasal dari Brunei selamat melahirkan anak sulungnya jam 9.25 pagi hari ini. Dalam perkongsian di Instagramnya, Nina memaklumkan dia sepatutnya dijangka bersalin pada tahun hadapan. “Kamu sepatutnya menjadi bayi 2020 tetapi sesungguhnya saya percaya perancangan Allah itu lebih baik. “Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia, anakku. Tak kira dunia atau akhirat kamulah rahmat dan hadiah tak ternilai daripada Allah yang memberikan gelaran ‘ibu’ buat saya,” tulisnya.

Menurut pelakon drama Andainya Takdir dan Andainya Takdir 2 di TV3 itu, kini dia menggalas tanggungjawab besar. “Kini, kamulah tanggungjawab saya sekarang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjaga kamu sepanjang hayat. “Hari ini, 23 Disember menjadi tarikh keramat kelahiran kamu anak sulung saya, alhamdulillah,” tulisnya. Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu. Nina dan Mohd Azlan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah. Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos lalu.