Lofa berhasrat nak pindah ke Tanah Arab, tapi ini pulak respon ibuu bila tahu Neelofa nak pindah ke sana

Ibu kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menyambut baik hasrat anaknya itu yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi memberi laluan kepada suaminya, Haris Ismail untuk menyambung pengajian. Menurut Kartini, dia menggalakkan anak-anaknya yang lain berhijrah mengenangkan sisi positif yang boleh diambil daripada perkara tersebut. “Saya bersyukur sangat sebab kalaulah saya pun diberikan peluang pada umur muda seperti anak-anak, akan berbuat perkara sama. Macam sekarang pun, saya beritahu pada mereka, siapa yang boleh hijrah pergilah. “Bila kita hijrah, lagi luas pengalaman dan lebih banyak perkara yang boleh kita lakukan. Saya menyokong hasratnya (Neelofa), InsyaAllah,” katanya.

Kartini berkata demikian ketika ditemui di Majlis KUCATÉ Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, petang Rabu. Majlis berkenaan dianjurkan khusus untuk meraikan Business Partner KUCATÉ yang telah berjaya mencapai sasaran untuk memenangi cabaran Rally for Gold pada bulan Mei 2022. Seramai 10 Business Partner KUCATÉ dengan pencapaian jualan peribadi tertinggi telah dihadiahkan 999 Gold Wafer Coin dengan kadar beat emas yang berbeza mengikut pencapaian masing-masing. “Saya amat berbangga dengan pencapaian Business Partner KUCATÉ yang telah menyahut cabaran Rally for Gold yang berjalan sepanjang Mei lalu.“Majlis istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga untuk menyemarakkan semangat serta memberi inspirasi kepada Business Partner KUCATÉ yang lain untuk turut berjaya,” katanya yang juga Pengarah Urusan KUCATÉ.

Terdahulu, Neelofa menerusi sebuah program bual bicara berkongsi mengenai hasratnya itu di samping ingin mendedahkan anak sulung, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu. “Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar. “Pada masa yang sama, kami mahu dedahkan anak kepada persekitaraan di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya. Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber,: sv