Belum pernah berjumpa dengan DS Vida, Raf Yaakob tumpang gembira melihat kebahagian abangnya

Advertisements
Advertisements

ADIK kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob tumpang gembira melihat kebahagiaan abangnya yang dipercayai sedang menjalin hubungan dengan usahawan Datuk Seri Vida. Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Yaakob, 41, berkata dia sentiasa menyokong apa sahaja yang mampu membahagiakan Fazley. Malah dia tidak menolak kemungkinan abangnya kini sedang melalui fasa bahagia sejak dikaitkan dengan usahawan berkenaan.

“Bagi saya, kalau dia bahagia, saya pun bahagia. Kalau dia sedih, saya pun sedih. Itu sahaja,” katanya. Dalam pada itu, Raf mengakui belum pernah bertemu Vida dalam suasana yang lebih santai walaupun mereka pernah berada dalam ruang acara yang sama. “Saya sebenarnya tak pernah berjumpa Datuk Vida lagi. Kalau dekat acara itu berbeza. Bukan atas kapasiti duduk bersembang, itu tidak pernah lagi,” ujarnya.

Mengulas mengenai gurauan yang sering dilakukan bersama Fazley berhubung kisah cinta itu, Raf berkata ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan mereka sememangnya rapat dan gemar mengusik antara satu sama lain. “Kita orang memang kuat menyakat. Orang luar saja yang tak tahu,” kongsinya.

Sebelum ini, hubungan Fazley, 48, dan Vida, 55, menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat semakin akrab selepas menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). Malah, mereka juga kerap muncul dalam siaran langsung bersama di media sosial. Selain itu, Vida juga secara terbuka memanggil Fazley dengan panggilan manja, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan itu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.