Tak perlu beria kritik bagi semua orang tak mahu tengok, Nad Zainal tambil katakan sesuatu

Umum lagi kita tahu tentang filem baru popular ini. Baru tiga hari ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambuatan luar biasa daripada kalangan peminat filem tempatan sehingga berjaya meraih jumlah kutipan mencecah RM7 juta. Bagaimanapun, sama seperti filem-filem tempatan yang lain, karya arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof ini juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir penonton. Terbaru, pelakon, Nad Zainal berpandangan, sekiranya ada yang kurang senang dengan aspek-aspek didalam filem tersebut, tidak perlulah dicanang atau disensasikan sehingga menyebabkan orang lain hilang minat untuk menonton di pawagam.

Katanya lagi, jika sambutan luar biasa ini diteruskan lagi untuk filem-filem lain, tidak mustahil industri filem tempatan akan turut sama berkembang pesat seperti negara-negara lain khususnya di rantau Asia Tenggara. “Tolonglah sokong filem tempatan. Kalau lagi ramai yang sokong, nanti banyak lagi filem begini. Petanda yang bagus bila ramai turun tengok sokong Mat Kilau siap berbusana tradisional. “Kalau ada yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan jelah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off. Support okay,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Dalam pada itu, Nad turut mendedahkan industri filem tempatan sebenarnya mempunyai pelbagai kekangan yang membataskan para penggiat filem untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Jelasnya lagi, kekangan tersebut sebenarnya boleh diatasi sekiranya para penonton terus menerus menyokong filem-filem tempatan sama seperti yang mereka tunjukkan di filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Katanya lagi “Macam ni, filem kita ni InsyaAllah kalau ada duit, masa untuk research dan waktu untuk pelakon berlatih, mesti lagi baik. Banyak kekangan. “Tapi Insya Allah dengan sokongan kita semua, penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem berkaitan sejarah atau berskala besar. “Funder pun lagi ramai. Jadi, tolonglah sokonglah. Go Malaysia Go,” jelasnya lagi. Sekadar informasi, filem sarat aksi ini dilaporkan berjaya mencipta rekod sebagai filem tempatan pertama yang mengutip RM1 juta pada hari pertama ditayangkan. Mat Kilau kebangkitan pahlawan ini dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi. Sumber, mediahiburan