Minta pengalaman dan tips pulihkan anaknya, Ayda Jebat kongsi senarai ubat untuk bayinya

Umum lagi kita kenali dengan artis ini. Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat meluahkan rasa bimbang apabila permata hatinya, Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan mengalami masalah pada kulit di beberapa bahagian badan. Dalam hantarannya di Instagram Ananaylaofficial, penyanyi lagu Mata itu berkongsi beberapa lampiran foto berkaitan. “Bangun pagi je jadi macam ni. Baby on the way to see doctor. Doakan baby tak apa-apa and sihat balik uncles and aunties! Amin.

Katanya “Share pengalaman and tips kalau ada. Baby memang ada eczyma. Nanti kita inform kenapa after jumpa doctor okay,” tulisnya baru-baru ini. Kesan kemerah-merahan jelas kelihatan menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik. Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram sama, isteri kepada Nabil Mahir ini memaklumkan, situasi berkenaan berlaku disebabkan alergi. “Doktor kata Baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan. Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua,” tulisnya lagi berkongsikan perkembangan.

Malah dia bersyukur kerana masalah yang dihadapi Ana Nayla kini beransur baik. “Alhamdulillah! Miracle harini skin baby baik total! Alhamdulillah ya Allah, doctor Azizi & semua yang doakan baby. Swipe untuk tengok list ubat yang baby guna semalam! Semoga bermanfaat,” tulisnya lagi. Senarai ubat yang di gunakan Ayda Jebat Ana Nayla yang merupakan cahaya mata sulung Ayda dan Nabil dilahirkan pada 21 September tahun lalu. Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih nama Ana Nayla bagi cahaya mata sulung mereka yang selamat dilahirkan pada 21 September lalu.

Ayda berkata, pemilihan nama itu dibuat kerana mempunyai maksud yang cukup besar dalam hidup dirinya dan Nabil. Nayla membawa maksud sukses a.chiever, su.ccessful one manakala nama Ana pula kami pilih berdasarkan nama ibu kami. Nama ibu saya Rohana manakala nama ibu Nabil pula adalah Diana. Jadi, kami mengambil nama akhir ratu hati kami dan diberikan kepada anak tercinta, katanya. Menurut Ayda, banyak pengalaman yang diraih apabila impian bergelar ibu tercapai.

Pengalaman menjadi ibu memang is.timewa, saya takkan boleh beli di mana-mana. Saya dan Nabil sangat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami. Sebagai ibu bapa baharu, kami sedang belajar bagaimana untuk menguruskan anak. Setiap hari ada saja pengalaman baharu dan kami gembira menempuhi p.roses terbabit. Dalam pada itu, kami juga tidak mendapat tidur yang cukup, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda. Namun, perkara ini bukanlah satu hal yang besar asalkan kami ada dekat dengan Ana, katanya. Sumber, trending sangat