Siapa tak kenal dengan pelakon cantik popular ini. Nora dilihat memberikan pujian terhadap kehebatan Janna sebagai pengarah, penulis skrip, dan juga produser. Pelakon Nora Danish berkongsi mengenai pengalamannya sewaktu bekerjasama dengan pengacara, pelakon, dan pengarah Janna Nick dalam sebuah penggambaran berjudul Tangisan Pontianak.
U Memang Power
Nora Danish menerusi video yang dimuatnaik di Instagram memberikan pujian terhadap kehebatan Janna sebagai pengarah, penulis skrip, dan juga produser. “Cantik sangat dia ni, My EVERYTHING for #TangisanPontianak. It was a pleasure working with u. 8 hari shooting yang tak rasa penat, walaupun cita hantu. Babe, teruskan perjuangan u as a director/ script writer/ producer! u memang power!”-Puji Nora
Terima Respon Janna
Video yang dimuatnaik oleh Nora Danish turut mendapat komen dari Janna Nick yang berharap agar mereka boleh meneruskan kerjasama lagi kelak. “Sayang Nora! TQ atas kerjasama yang sangat baik! Cantik, baik hati, rajin belanja. Discipline top notch! Memang A+. Hopefully dapat kerja together lagi. Jangan serik tau..”-komen Janna Terdahulu, nama Janna sebelum ini pernah mengejutkan industri hiburan selepas mendapat undian sebanyak 86,374.777 bagi trofi Bintang Paling Popular ABPBH34. Selain trofi utama, dia turut membolot trofi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular. Sumber, murai
Hanya pelukan kasih sayang, kekeluargaan Nora Danish. Kuala Lumpur: “Ia hanya pelukan kasih sayang, kekeluargaan. Tak ada ‘feeling’ dan n4fsu. Beego dah macam abang saya, Aziz M Osman pula dah seperti bapa kami semua,” Demikian kata pelakon Nora Danish, 39, berhubung video berpelukannya bersama Beego dan Aziz yang dimuat naik di akaun Instagram serta dikritik hebat oleh warganet. Nora berkata memang banyak hantarannya di media sosial yang dikritik oleh warganet, namun dia enggan melayannya kerana beranggapan warga maya tidak mengenali dirinya secara peribadi.
Katanya “Saya memang tak layan komen-komen negatif daripada warganet yang suka mengkritik ini kerana mereka (warganet) tidak kenal kami semua terutama saya sendiri. “Warganet tidak tahu hubungan kami macam mana. Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kritikan yang dilemparkan itu,” katanya ditemui pada sidang media virtual sitkom Puteri Reunion, baru-baru ini.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, lagipun sudah 15 tahun dia tidak berjumpa dengan rakan pelakon drama Puteri yang pernah mengangkat namanya di awal kemunculan dulu. “Jadi, bila dapat berjumpa itu untuk kami ‘shooting’ sama-sama semula selepas 15 tahun, saya amat menghargai setiap momen di set penggambaran dan kita buatlah benda-benda yang dirindukan. “Pada saya, kalau nak cakap mengenai foto memeluk Beego dan Aziz itu, rasanya ia tak perlu dijadikan isu kerana mereka sudah saya anggap seperti abang dan bapa sendiri,” katanya.
Nora berkata, apa saja yang dikongsikannya di media sosial itu bermakna dia juga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko seperti kritikan warganet. “Bagaimanapun, jika ada yang terlepas pandang sesuatu perkara itu, saya sentiasa terbuka menerima teguran daripada suami, ibu dan juga kenalan rapat untuk diambil peduli,” katanya lagi. Ujar Nora, dia juga sebenarnya sudah mempersiapkan diri terutama daripada aspek mental sebelum memuat naik sebarang hantaran di akaun media sosialnya kerana faham dengan komen warganet.