Menolak drama romantis dan berkaitan cinta, Rupanya ini sebab Nafiz Muaz membuat perkara itu

Siapa tak kenal dengan pelakon muda kacak ini. Pelakon Nafiz Muaz menolak peluang untuk berlakon di dalam naskah romantis atau bercorak cinta kerana tidak mahu ada sebarang adegan bersentuhan dengan wanita. Menurut Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 24, keputusan itu diambil berikutan tidak mahu mengadaikan agama untuk mengecap populariti. “Satu je saya nak cakap, benda ni pasal agama. Saya tak mahu gadaikan agama kerana kerjaya saya. Saya tahu kalau watak dalam cerita cinta, kena pegang dan bersentuhan.

Katanya “Saya dah tiga, empat tahun berlakon, saya cuba untuk bagitau pengarah tentang perkara ni. Kalau pengarah tak okay tentang perkara ni, takpe la bukan rezeki saya. “Dulu saya pernah berlakon satu naskah cinta, tapi saya tak boleh dah buat benda tu. Bukannya kita nak tolak mentah-mentah, kalau pengarah tu saya kenal, baik, saya akan buat. Kalau saya tak kenal produksi tu, saya tengok cerita tu pun romantika sangat, saya tak boleh,” ujar Nafiz kepada Gempak.

Nafiz ditemui pada acara lawatan media dan penggambaran drama bersiri terbaharu iQiYi berjudul Sorry Naik Lori. Tambahan pula, sejak menceburkan diri dalam industri seni tanah air, dia sudah mengamalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita. “Saya tak bolehlah, untuk saya sebagai orang Islam, benda tu tak normal sebenarnya. Sebelum kahwin lagi saya dah tetapkan prinsip untuk tak mahu bersentuhan ni. Sekarang saya cuba untuk elakkan.

Katanya lagi “Saya tak pernah lagi menyesal tolak perkara ni sebab semua ini pun ciptaan-Nya. Dia tak bagi kita kebulur kalau kita yakin. Kalau satu produksi saya tolak sebab perkara itu, ada banyak lagi yang saya akan terima,” jelasnya lagi. Aktor kacak yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini digilap bakat menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2016. Sekadar info, Nafiz sudah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, pada Januari tahun lalu. Sumber, gempak