Akhirnya peguam dedah ini hukuman yang bakal dikenakan pada Ira Kazar sekiranya dia didapati ganggu rumahtangga Puteri Sarah

Umum sedia maklum mengenai gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah suaminya, Syamsul Yusof sehingga pelakon itu terpaksa mengambil tindakan undng-undng. Berhubung konflik tersebut, seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah tertarik bagi mengulas lanjut dengan memberikan pandangan dan fakta serta hukuman menanti si pelaku. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nurul Atikah menegaskan bahawa menganggu rumah tangga seseorang adalah satu kesalahan jnyh sehingga boleh berdepan hkmn pagar besi. “Gangguan dari pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ianya merupakan satu kesalahan JNYH syariah. Ya! Mengganggu rumahtangga orang lain adalah satu JNYH ya,” tulisnya.

Nurul Atikah berkata, tindakan ‘menggangu’ itu mungkin dianggap puas bagi si pelaku tetapi terdapat undng-undng yang sedia ada khusus untuk golongan ‘kaki sondol’. “Nampak seronok ganggu rumahtangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang… “…tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PNJR atau DND atau SBTN atau mana-mana kombinasi hukuman,” katanya. Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya berbaloi menjadi orang ketiga kerana perbuatan itu hanya menjejaskan rekod kehidupan apatah lagi memiliki sejarah dimasukkan ke dalam pnjr. “Bayangkan dimasukkan tahanan hanya kerana sebab menganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod ditahan. “Mahkmah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkmah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman kat mahkmah syariah denda sahaja, bawa je duit nanti,” ujarnya.

Pada akhir penulisan, Nurul Atikah turut menasihati kaum wanita supaya tidak melakukan perbuatan keji kerana tiada apa perlu dibanggakan sekiranya berjaya mermpas dan mersakkan kebahagian orang lain. “Jangan merosakkan diri sendiri hanya untuk keseronokan sementara. Jangan menganiayai orang lain tambah-tambah sama-sama gender perempuan yang mana patutnya lebih memahami. “Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skand4l suami orang. Mana sikap perempuan Melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita,” tambahnya. Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun itu nekad memfailkan tindkan di Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didkwa menganggu rumah tangganya. Sumber, viral.my