Kes dengan Ira Kazar belum selesai kali ni Sarah saman seorang lagi indiviu, terkejut rupanya ini punca

TIDAK membiarkan dirinya terus dibli, terkini pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap perkara tidak benar tentang dirinya di laman sosial. Sarah, 37, berkata, tindakan itu dibuat sebagai satu bentuk pengajaran kepada warganet agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa bukti kukuh terhadapnya. “Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh. “Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri,” katanya menerusi Instagram. Tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila seorang pengguna media sosial membalas satu kenyataan yang pernah dikongsinya di media sosial sebelum ini. Beberapa komen yang dikongsi oleh Sarah di media sosial menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami tak setia. “Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan. Sarah turut memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate. Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai menyokong tindakan pelakon itu bagi mempertahankan dirinya. “Ajar mereka dengan tindakan yang betul. Baru mereka tahu. Mengata tanpa tahu cerita sebenar apa yang dialami tuan badan. “Fght for your right. Jangan jadikan benda salah itu normal. Penyondol dah tentu salah,” komen warganet.

Sarah sebelum ini telah mengeluarkan surat saman terhadap aktres Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Syamsul Yusof. Terdahulu, Sarah memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof. Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu memerintahkan pelakon Ira Kazar yang didakwa menggangu rumah tangga Sarah dan suami, Syamsul Yusof diperintahkan untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadapnya dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh kes berkenaan. Kes itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini. Sumber, MSTAR ONLINE