Akhirnya Aizat Amdan pilih pengurus sebagai bakal isteri, Ini tarikh perkahwinan yang akan berlangsung

Siapa tak kenal dengan penyanyi ini. Aizat terbuka hati untuk berkahwin selepas Elyssa memberi keyakinan mengenai niatnya itu. Penyanyi Aizat Amdan berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya iaitu Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos depan. Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 33, memberitahu hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas Elyssa, 34, meluahkan keyakinan untuk menjadikan dia sebagai suami. “Sekian lama orang asyik bertanya tentang jodoh. Akhirnya sekarang saya boleh kongsi tentang perkahwinan.

Aizat sedia berkahwin selepas diyakini oleh kekasih

Katanya “Sebenarnya saya sendiri pun tidak yakin untuk berkahwin. Tetapi dia yang membuat saya percaya untuk kami melangkah ke fasa seterusnya. “Disebabkan dia yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka kami buat keputusan untuk berkahwin,” katanya. Aizat ditemui ketika pelancaran lagu baharu berjudul Hanya Kita Dua di Pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu

Lagu ciptaan bersama Mel Ramlan itu juga menjadi hadiah istimewa Aizat untuk bakal isteri tercinta. Berkongsi mengenai persiapan menjelang hari bahagia, Aizat berkata segalanya berjalan lancar dan majlis pernikahan serta resepsi akan berlangsung di Puchong, Selangor. Pasangan ini mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu dan keputusan untuk berkahwin atas persetujuan bersama. “Kami tak pernah pun berbual soal kahwin. Kemudian ada satu hari kami bercakap mana hala tuju hubungan ini. “Ketika itulah baru serius untuk berkahwin dan saya berjumpa keluarga Elyssa… itu lebih utama. “Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu,” ujarnya.

Aizat maklumkan segala persiapan hari bahagianya berjalan lancar

Elyssa yang sebelum ini bertugas sebagai kakitangan kerajaan kini bekerja sepenuhnya sebagai pengurs kerjaya seni Aizat. Bercakap mengenai lagu baharunya, Aizat berkata ia sudah dicipta sejak dua tahun lalu dan sekarang adalah masa terbaik untuk dilancarkan. “Selalunya lagu-lagu perkahwinan lebih berentak perlahan, tetapi kali ini saya tampil dengan lagu rancak. “Ia bagaikan satu cara untuk meraikan hubungan kami,” jelasnya. Sumber, mstar