Harapan Rizky Febian adakan konsert di KL akhirnya tercapai, Rupanya tiket konsert licin terjual dalam masa satu jam

Memang tak asing lagi kita dengan penyanyi terkenal Indonesia ini. Rizky Febian tak sabar bertemu peminat di Kuala Lumpur. Penantian penyanyi Rizky Febian untuk mengadakan konsert di luar negara tercapai apabila dia bakal hadir ke Malaysia pada Oktober depan bagi menjayakan persembahan Rizky Febian Live in Kuala Lumpur. Rizky berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu peminat di luar Indonedia kerana mahu memperkenalkan muziknya kepada lebih ramai pendengar. “Dari dulu saya mahu mengadakan konsert di luar negara.

Selain boleh berjumpa Rizfelous (kelab peminat), saya juga boleh perkenalkan muzik saya dengan lebih meluas,” katanya. Rizky turut membuat perkongsian mengenai konsertnya di Kuala Lumpur di Instagram sambil bertanya sama ada peminat di negara ini sudah bersedia dengan kehadirannya.

Tiket konsert Rizky sudah habis terjual

Katanya “Akhirnya penantian berharga selama ini akan terlaksana. Kuala Lumpur, are you ready?,” tulisnya. Ternyata kehadiran Rizky ke Kuala Lumpur cukup dinantikan peminat apabila tiket konsert yang dijual pada 26 Ogos lalu licin dalam tempoh sejam. Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur konsert iaitu The Jay Events & Media dadlam satu hantaran di Instagram. Rizky dijangka mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek pada konsert yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Zepp Kuala Lumpur. Sumber, mstar