Ikmal Amry tampil beri teguran pada Ibu Bapa yang melakukan trend Audio hantu pada anak anak

Memag tak asing lagi kita dengan pelakon lelaki kacak ini. Pelakon, Ikmal Amry akui kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang gemar melakukan video prank yang tidak bermanfaat hanya semata-mata demi mengejar trend. Sebagai contoh, ada diantara mereka yang sanggup mengurung anak-anak di dalam sebuah bilik kemudian memasang audio bersuara pontianak. Menurut Ikmal, trend tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang lucu sebaliknya boleh mendatangkan trauma di minda kanak-kanak. “Sekarang ini ada satu trend di Tik Tok dimana orang mengurung anak mereka lepas tu buka sound pontianak. Saya rasa perkara tu tak kelakar.

Kata Ikmal “Mental budak-budak ni sangat sensitif. Bila korang buat macam tu, mungkin mereka boleh trauma atau takut dengan perkara-perkara sebegitu,” katanya. Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories. Katanya lagi, sekiranya mahu mengejar perhatian sekalipun, banyak lagi konten-konten menarik dan bermanfaat yang boleh dibuat para ibu bapa. “Sebenarnya banyak lagi perkara yang korang boleh main dengan anak-anak korang selain daripada perkara sebegitu.

Selanjutnya “Banyak je lagi cara lain nak dapatkan jumlah viewers seperti yang korang mahukan daripada buat benda bodoh macam ni,” kongsinya lagi. Lantaran itu, pelakon kelahiran program Hero Remaja 2017 itu berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan pada masa akan datang. “Berubahlah…tukarlah buat benda lain. Hentikanlah kejar perkara-perkara trending yang macam ni. Lagi-lagi pasal mental anak. Tak kelakar pun benda ni,” akhirinya.

Sekadar informasi, Ikmal telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihan hati, Najla Shamsul pada tanggal 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cailie yang lahir pada 30 Disember 2021. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Sumber, media hiburan