Ning Baizura tampil beri teguran pada orang kaya di KLFW2022, Rupanya ini yang buat penyanyi ini bengang

Umum memang kita kenali dengan penyanyi ini. Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 yang telah melabuhkan tirainya pada pada Ahad lalu masih lagi menjadi bualan sehingga ke hari ini termasuklah penyanyi terkenal, Ning Baizura yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang hadir di pertunjukan fesyen itu.

“Itu Tak Classy Langsung”

Menerusi Insta Stories, Ning Baizura memberikan teguran terhadap individu kaya yang mahu mendapat kedudukan barisan hadapan (front seat). “Eh..Bila di KL..Hanya kerana awak kaya & ‘BIG SPENDER’ tak bermakna awak boleh minta front row di KLFW tau! Itu tak classy langsung. Sebenarnya kelas itu tidak boleh dibeli.”-Tegur Ning

Kekok & Malu Apabila Nama Tercicir

Tambahnya lagi, Ning akui rasa kekok dan malu apabila terdapat pereka yang tercicir namanya sebagai salah seorang tetamu di pertunjukan fesyen terkenal itu. “Mungkin di negara lain untuk Minggu Fesyen saya tak tahu. Bila saya dengan dari pereka sendiri, saya rasa sangat janggal dan malu apabila anda mencicirkan nama nama saya juga. Jauh sekali! Tolong jangan jadi social climber sayang..#truecolours #notbff #nodrama”-Tulis Ning. Terdahulu, nama Ning Baizura sebelum ini  menjadi perhatian selepas tular video di TikTok yang memaparkan dirinya yang menyanyikan lagu hitnya, Awan Yang Terpilu dengan beberapa bahagian nyanyian yang kelihatan janggal. Sumber, murai

Tokti Tampil Beli Komen Tentang Nyanyian Sumbang Ning Baizura Yang Viral. Satu Malaysia memang tak asing lagi dengan penyanyi ini. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kotak suara seseorang penyanyi boleh terganggu, terutama jika membuat persembahan untuk empat hari berturut-turut. Apatah lagi, jika persembahan penyanyi itu disulami dengan emosi yang mendalam sehingga mungkin tidak dapat meneruskan persembahan kerana gagal mengawal perasaan. “Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.

Katanya “Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” katanya. Penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu mengulas insiden yang tular, baru-baru ini apabila Ning tidak dapat menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dengan baik sehingga menerima kecaman teruk daripada segelintir pengguna media sosial. Namun, pada masa yang sama, rakan-rakan artis antaranya Datuk Hattan, Ramlah Ram dan Datuk Ramli MS mempertahankan penyanyi bersuara soprano itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza juga sempat menitipkan pesanan sesama rakan artis supaya Ning bertenang dan tidak terlalu melayan kecaman segelintir warganet di media sosial. “Sekarang teknolgi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang. “Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” katanya. Sumber, trending sangat