Rezeki memang tak salah alamat, Wawa Zainal dedah tak sampai 24 jam tudung keluaran baru raih jualan RM2.5 Juta

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal tidak menyangka koleksi terbaharu tudungnya iaitu Wawa Scarve licin dalam tempoh kurang daripada 24 jam ia dilancarkan pada Selasa lalu. Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata, dianggarkan sebanyak 90,000 helai tudung terjual dalam tempoh itu dengan jumlah pendapatan kira-kira RM2.5 juta. “Alhamdulillah, untuk keluaran pertama ini sudah habis terjual. Bohong kalau saya cakap tak letakkan harapan tinggi tetapi apabila perkara itu menjadi kenyataan saya bersyukur sangat. Wawa sentiasa mengamalkan sebahagian daripada hasil pendapatan jualan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. “Bermula dengan 20,000 helai, kemudian 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa turut melahirkan rasa syukur kerana sejak awal tujuan perniagaan itu ditubuhkan adalah bagi membantu ekonomi peniaga kecil selain disumbangkan kepada golongan memerlukan. Jelasnya, dia percaya dalam setiap rezekinya terselit untuk orang lain dan perkara itu cuba ditanamkan dalam perniagaan berkenaan. “Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, Insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada,” katanya. Keluaran terbaharu Wawa Scarve itu adalah eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada insan tersayang. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.