Siapa tak kenal dengan pelakon popular dari cilik ini. Pelakon berbakat, Puteri Balqis sebelum ini pernah membuat pendedahan mengejutkan yang mendakwa dirinya pernah menjadi m4ngsa gangguan s3ksual oleh bapanya menerusi Podcast Bros Gang TV di Youtube. Terkini, menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis membuat perkongsian mengenai dirinya yang telah berjumpa dengan pakar psikitiari dan menceritakan bahawa kenangan hitam itu akan kembali padanya serta berasa gementar ketika terjaga dari tidur.
“Kenangan Itu Kekal..”
Katanya lagi “Bertemu pakar psikitiari saya sekali lagi, dan ubat-ubatan ini akan membuatkan saya gembira hanya kurang daripada 8 jam. Selepas itu, semuanya menjadi kabur dan saya rasa kosong lagi. “Saya telah kehilangan diri saya, masih cuba bertahan dengan kenangan hitam dan bangun dalam keadaan gementar. Kenangan itu kekal.”-Kongsi Puteri Balqis
Kos Ubat-Ubatan Yang Sangat Mahal
Akui kos individu yang mengalami d3presi adalah sangat mahal disebabkan harga sekotak ubat boleh mencecah sehingga RM160 sebelum diskaun. “Ubat tekanan yang kuat adalah sangat mahal. RM160 untuk sekotak ubat sebelum diskaun. Saya lebih tertekan bila saya fikir mengenai harga.”- Jelas Puteri Balqis Terdahulu, Ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz turut mendakwa bekas suaminya, Azizi Aziz yang mempunyai banyak kesalah jen4yah, termasuklah memaksanya tidur di dalam bilik yang dipenuhi dengan lelaki sedang berkh4yal disebabkan dadah dan ada yang melakukan 0nani. Sumber, murai
Tular Azhar Sulaiman Komen Pasal Puteri Balqis, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Reaksi Puteri Balqis Buat Ramai Yang Terkedu. PELAKON Puteri Balqis menganggap komen Azhar Sulaiman mempertikai tindakan dia membuat pendedahan terbuka atas dakwaan menjadi sasaran amang bapa sendiri sebagai emosi peribadi. Puteri Balqis atau Aqish berkata, pandangan Azhar itu bukan satu bentuk nasihat sebaliknya lebih bersifat emosi marah, geram dan bengang. Aqish turut menjelaskan ketika ini dia sudah cukup susah selain terpaksa berjauhan dengan ibunya dan sedang bersendirian. “Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini dan saya seorang. Anda tahu betapa susahnya saya ketika ini? Kenyataan ini telah pun dipadam oleh Aqish. “Saya tidak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai ‘rules’. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram dan bengang,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story yang telah pun dipadam. Aqish berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azhar yang tidak bersetuju dengan tindakan remaja itu mendedahkan secara terbuka isu gangguan seksual bapa sendiri yang dihadapinya kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Azhar turut mempersoalkan sekiranya ada pihak sudah menasihati Aqish sebelum membuat kenyataan tersebut. Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu pada pagi Jumaat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon remaja itu di Instagram. Dalam pada itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih atas nasihat diberikan Azhar namun dia tidak akan sesekali memberikan nasihat sama kepada rakan-rakan yang senasib dengannya. Malah dakwa Aqish, apa ditulis Azhar itu seolah-olah menulis nota bnh diri untuk mereka. Semoga Aqish terus kuat menempuh dugaan ini. “Terima kasih atas nasihat, tetapi saya tidak akan sesekali berkata sedemikian kepada orang lain perkara sama. “Anda telah menulis nota bnh diri untuk kami,” tulisnya lagi. Aqish telah membuat laporan polis berhubung dakwaannya pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya sebelum suspek ditahan pihak berkuasa sehari kemudian di Kedah. Suspek ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan membabitkan kes pncbln, memiliki bahan tak elok dan pengabaian. Kredit, mstar