Nabil Ahmad tidak setuju isteri berkawan dengan bekas kekasih, Nabil tak suka kenang masa lampau

Memang tak asing lagi semua dengan individu ini. Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tidak bersetuju jika isterinya, Nazirah Ayub atau dikenali sebagai Zira berkawan baik dengan bekas kekasihnya. Menurut Nabil ia bukan satu jalan yang baik untuk hubungan suami isteri di masa akan datang. “Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.

Katanya lagi “Contoh kalau aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih aku tiba-tiba bekas kekasih bercerita benda-benda lama aku dengan dia yang isteri sendiri tak pernah tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan itu. “Kenapa nak buat benda yang bakal merosakkan dan menjahan4mkan diri. “Kenapa nak cederakan diri sendiri? Ingat kena baling mangkuk, periuk tak sakit ke?” soalnya secara berseloroh.

Pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan itu berkongsi pendapatnya bersama penyampai yang lain dalam 3 Pagi Era dalam topik berkenaan semalam. Sementara itu, penyampai radio Azad memberitahu dia tidak kisah serta terbuka jika isterinya mahu berkawan kembali dengan bekas kekasih asalkan tahu menjaga batas sebagai seorang isteri. Selain Nabil dan Azad 3 Pagi Era turut menampilkan Radin sebagai penyampai untuk segmen pagi di radio tersebut. Sumber, gempak

Nabil Ahmad Tampil Luah Rasa Sebak Atas Permergian Ayahnya, Nabil Bersyukur Ayah Kembali Ke Rahmatullah Di Hari Yang Baik. Siapa tak kenal dengan individu popular ini. Pengacara MeleTOP, Haji Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Ahmad berkongsi saat terakhir bersama arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu. Perkongsian tersebut mengundang sebak buat dirinya kerana ia merupakan kali pertama orang terdekat dalam hidupnya pergi menghadap Ilahi.

Sempat Jumpa Arwah

Menurut Nabil, ketika dia sedang bertugas di radio, dia menerima panggilan daripada adiknya yang mengatakan pihak hospital meminta waris pesakit segera ke hospital. Sejurus panggilan itu, Nabil bergegas ke hospital untuk melihat keadaan ayahnya. “Saya dekat radio, adik saya call, dia cakap hospital suruh tengok abah, tapi pihak hospital tak nak bagitahu kenapa. saya bergegas keluar tinggalkan radio,” – kata Nabil ketika MeleTOP bersiaran.

Katanya juga, dia sempat berjumpa arwah ayahnya namun keadaan Allahyarham ketika itu sudah tidak boleh bercakap disebabkan paras oksigen sudah jatuh. Nabil juga akui bahawa dia tidak terfikir bahawa itu adalah kali terakhir dia melihat arwah ayahnya. “Saya jumpa dia dalam keadaan dah oksigen level drop. kita dah tak boleh borak. “Bila diorang kata nak ditidurkan dia, saya cakap dengan diri saya, kalau ditidurkan sekejap lagi dapat jumpa balik dan saya tak terfikir that was the last time saya jumpa dia,” katanya.

Pengakhiran Dia Sangat Baik

Nabil mengungkapkan rasa syukur kerana pengakhiran arwah ayahnya cukup baik. Dia mendoakan semoga perjalanan arwah di alam baru dipermudahkan. “Saya rasa sukur sangat, pengakhiran dia sangat- sangat baik Lisa. Dia pergi hari Jumaat, dekat dengan bulan Nabi, lepastu dia dapat mengucap dengan baik. saya dan adik beradik mandikan dia dalam keadaan dia tersenyum. ramai orang hebat yang datang menziarahi dan solatkan jenazah. saya doa Allah mudahkan perjalanan dia dekat alam yang baru,” katanya sebak. Murai MY berharap Nabil akan terus tabah dalam menghadapi ujian ini dan sentiasa istiqamah dalam berjuang ke jalan Allah. Sumber, murai