Dah Lama Tak Nampak Di Televisyen, Sekali Rusdi Ramli Tampil Dedah Apa Sebabnya Sampai Akui Bimbang Gara Gara Sesuatu Ini

Rusdi akui berlakon dan mengarah ada cabaran tersendiri. Lama kita tidak nampak pelakon Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini. Rupa-rupanya Rusdi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu. Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.

Rusdi bimbang tiada kerja.

“Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan),” katanya. Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu. Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.

“Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok… berlakon pun seronok. Dua-dua ada cabaran! Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa,” katanya lagi. Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata. Bagaimanapun dia bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.

Kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon.

“Akan datang ada… tapi sekarang ini yang banyak janji mulut… yang tangguh pun banyak juga. Masih ada lagi orang panggil saya berlakon… kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la. Tapi bagusnya mereka akan tanya… masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih (berlakon).

Rusdi akui masih lagi terima tawaran lakonan.

“Mungkin sebab persepsi… tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya. Dalam pada itu, dia juga menyangkal dkwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen. “Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international! Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah,” tambahnya. Sumber, Mstar Online

Zamarul Hisham Tampil Beri Teguran Pada Pelakon BBNU, Zamarul Kongsi Cara Buat Nama Kekal Laku

Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki popular ini. Zamarul digandingkan bersama Bella Astillah dalam Aku Tanpa Cintamu. Masih ditawarkan peluang membawa watak hero dalam drama, pelakon Zamarul Hisham berkongsi tips kepada bakat baharu yang mahu kekal relevan dalam industri lakonan. Kata Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, 51, pelakon baharu ini haruslah mempunyai kesungguhan menjayakan watak diberi dan melakukan pekerjaan itu sebaik mungkin. “Kalau boleh saya kongsikan kepada pelakon muda, setiap tanggungjawab yang diberi saya akan galas dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.

Katanya “Mungkin itu yang saya amalkan daripada dulu, buat sebaik mungkin. “Saya bukan orang yang bekerja sambil lewa. Bila dapat skrip, saya akan cuba jadikan skrip itu lebih baik,” katanya kepada mStar. Zamarul ditemui dalam sidang media secara virtual drama Aku Tanpa Cintamu (TV3) yang diadakan baru-baru ini.

Sikap tekun dan bersungguh membuatkan Zamarul masih diberi peluang membawa watak hero.

Dalam pada itu, pelakon ini juga turut menjelaskan tiada beza antara pelakon baharu dan pelakon lama melainkan pengalaman. “Kehadiran pelakon baharu ini sangat dialu-alukan kerana ia dapat memajukan industri hiburan tanah air. “Mungkin kalau nak bezakan pelakon lama dan baharu, kami dilatih supaya menghargai tanggungjawab daripada bidang yang kita pilih,” katanya.

Nasihatnya kepada pelakon baharu, bila dah popular jangan lupa asal usul kita.

Dalam pada itu, Zamarul juga menasihati pendatang baharu agar tidak hanya sekadar mengejar populariti dan nama serta jangan sesekali melupakan asal usul. “Sebagai anak seni kita kena bekerja dengan ikhlas dan bukannya hanya untuk mengejar nama dan popular. “Nasihat saya ringkas sahaja, ingat niat kita berlakon untuk apa… andai kata kita berjaya masuk bidang ini, itu satu peluang untuk tunjukkan bakat. “Bila orang suka lakonan kita, jangan lupa asal usul kita,” ujarnya.

Drama lakonan Zamarul berjudul Aku Tanpa Cintamu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam. Selain Zamarul, ia turut dibintangi oleh Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Dato’ Sri Eizlan Yusof. Sumber, mstar