Sampai ada yang guna wajah Yana Samsudin dalam iklan palsu, Sekali Yana tampil beri tentangan pada pihak bertanggungjawab

Umum memang ramai kenali dengan wanita ini. Pelakon, pengarah dan penyanyi, Yana Samsudin tampil bersuara selepas terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan wajahnya dalam iklan produk tanpa kebenaran. Yana menerusi video yang dimuatnaik di Instagram menyatakan bahawa terdapat pihak yang menyamar menjadi dirinya menipu para pelanggan dengan menjual produk yang didakwa boleh menguruskan badan. “Ini bukan produk Yana..! Korang jangan tertipu..Ramai yang DM tanya. Ada yang dah terbeli pastu tunggu tak sampai sampai.”-Tegas Yana

Pelbagai Reaksi Warganet

Tinjauan Murai My di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu, malah ada yang meluahkan rasa kecewa kerana telah menjadi mangsa disebabkan iklan produk palsu. “Alaa ye ke? masa 10/10 sale haritu saya beli sebab tengok ada beberapa artis makan benda ni. Tapi produknya tak sampai lagi. Tengok iklan Yana bertambah yakin la beli. Kena tipu rupanya.” “Mujur tak beli..Hampir nak beli.” “Saman please tak kira maaf ke tak. Saman je. Kalau lepas minta maaf dia akan buat lagi pada orang lain sebab tak kena saman. Saman je.” Jangan terpengaruh dengan iklan produk palsu. Berhati-hati ya semua. Sumber, murai

Tular Di Media Sosial Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bercuti Bersama, Sekali Fadzil Zahari Komen Sesuatu Buat Ramai Terhibur. Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai berita kononnya Nad Zainal dan Ungku Ismail keluar negara untuk bercuti bersama. Mengulas kepada isu tersebut, pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan bahawa dia pergi bercuti bersama pelakon Ungku Ismail ke luar negara seperti yang hangat diperkatakan warganet baru-baru ini. Memetik BH Online, Nad berkata dia pergi ke destinasi percutian ke Bali itu atas urusan kerja dan turut ditemani pembantu peribadinya.

Berkongsi Pemikiran Dan Visi Yang Sama

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama. Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

Fadzil Zahari Beri Pesanan

Perkongsian mengenai urusan kerja diluar negara antara Nad dan Ungku Ismail telah mendapat perhatian daripada Fadzil Zahari. Melihat di ruangan komen di Facebook, Fadzil turut memberikan pesanan kepada Nad dan Ungku Ismail untuk pulang ke Malaysia apabila tiba masa untuk mengundi. Komen Fadzil tersebut turut mendapat maklum balas dari warganet. Kelihatan sebanyak 64 komen balas terhibur dengan kenyataan Fadzil dan 1.2k ‘likes’ di facebook.