Perut nampak macam ada isi, akhirnya terjawab teka teki warganet bila Puteri Sarah buat pengakuan ini

Perkongsian beberapa keping foto terbaharu pelakon Puteri Sarah memakai baju dan skirt berwarna krim serta tudung sarung merah jambu di laman Instagram menarik perhatian warganet. Selain memuji kecantikan semula jadi, rata-rata warganet tertarik melihat bahagian perut Puteri Sarah yang kelihatan seakan-akan ‘baby bump’, lantas tercetus spekulasi aktres itu sedang hamil. “Wah baby bump. Kalau betul, Alhamdulillah. “Hamil ke?” komen warganet. Bagi mendapatkan pengesahan mengenai pertanyaan daripada warganet di laman sosial, Gempak menghubungi sendiri isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof. Mengakui kini sedang melalui fasa bahagia, Puteri Sarah bagaimanapun memberitahu dia belum lagi hamil cahaya mata ketiga namun berharap semua peminat dapat mendoakannya.

“Saya tak pregnant, tapi saya memang semakin berisi. Apa yang boleh saya katakan, saya tengah bahagia tapi doakan (hamil),” kata Puteri Sarah ketika dihubungi Gempak pada Jumaat. Beberapa hari lalu, Puteri Sarah menjelaskan dia sudah pun menerima tarikh perbicaraan daripada mahkamah mengenai isu melibatkan seorang wanita yang didakwa menggangu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Menerusi perkongsian di Instagram pada 14 Oktober lalu, Sarah dilihat telah pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) bagi mendapatkan penjelasan terkini berhubung kesnya tersebut. Menurut Sarah, 37, selepas mendengar penerangan pihak JAWI, dirinya amat berpuas hati dan akui jelas dengan situasi kes yang sedang dihadapinya itu namun, apa yang diketahuinya itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

Pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat JAWI. Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu. Kredit, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.