Ada yang nak dedah sisi gelap Caprice, sekali Caprice tampil beri respon dan rupanya ini hubungan mereka

Rasanya ramai sudah ketahui penyanyi rap, Caprice sering mengulas pelbagai isu di laman media sosialnya dan tidak takut untuk membongkar pelbagai rahsia yang diketahui olehnya. Bagaimanapun, baru-baru ini lain pula cerita apabila terdapat seorang wanita di TikTok menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk membongkar rahsia Caprice.

Kami dah ready nak bongkarkan sisi gelap Caprice.

Disebabkan video itu menjadi tular, kebanyakkan warganet mengambil peluang membanjiri ruangan komen dan memberitahu diri mereka tidak sabar untuk mengetahui ‘rahsia’ yang hendak dibongkarkan oleh wanita terbabit. Dalam pada itu, ada juga sesetengah warganet berkata akhirnya Caprice mendapat balasan kerana sering membongkarkan rahsia seseorang seakan-akan diri tidak mempunyai sisi gelap.

komen warganet

“Cap dah lena tido.. tibe2 isteri kejutkan dan tanya sape perempuan ni… so kita bukak lah facebook photo album lama dan cube cari… haih.. kalau being a badboii is a jen4yah, iam sorry Malaysia i wish i wasnt so comel back then.”

GF Caprice?

Berdasarkan perkongsian dari Caprice, dia mengucapkan selamat berjaya kepada wanita tersebut dan peguam beliau sentiasa bersedia untuk tulis LOD/s.man. Sekadar info, Caprice sememangnya seorang individu sering berkongsikan pandangan mengenai isu-isu besar, tambahan jika isu terbabit melibatkan orang awam dan orang ternama hinggakan dia dilabel sebagai orang yang laparkan perhatian.

Caprice jumpa psikiatri, akui ada masalah ment4l

“Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua masalah.” Demikian pengakuan penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, tentang dirinya kesahihan dirinya menghidapi masalah m.ntal.

“Pertama sekali, saya memang ada masalah anxi.3ty (kemvrungan). Saya tak boleh duduk diam. Saya kena sentiasa bekerja. Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang p.4nik,” dedahnya dalam satu perkongsian video dalam Instagram.

Pelantun lagu Dem Girls itu turut memaklumkan bahawa dirinya mempunyai masalah insomnia (susah tidur malam) yang sangat teruk. “Saya ada masalah insomnia yang sangat teruk. Saya memang tak boleh tidur (waktu malam). Kalau itu berlaku, saya memang akan makan ubat tidur,” ujarnya.

Menjawab tentang sama ada dirinya menghidapi masalah m.ntal, Histrionic pers0nality disorder (HPD), Caprice berkata, dia akan bertemu pakar terapi untuk melakukan diagnosis berhubung perkara tersebut. “Segelintir orang percaya yang saya ada HPD, minggu ini juga saya akan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan diagnosis lebih mendalam,” katanya.

Sungguhpun begitu, Caprice menegaskan, sekiranya dia tidak memiliki masalah m.ntal tersebut, individu yang merupakan pengamal perubatan membangkitkan isu HPD dalam TikTok perlu belanja setiap seorang warganet panadol dalam ruangan komen video dimuat naiknya.

“Kalau pakar psikiatri keluar surat yang saya tiada HPD, anda (pegawai perubatan) ada 24 jam untuk beri semua orang dalam ruangan komen dalam TikTok panadol (paracetamol) percuma,” katanya. Terdahulu, seorang lelaki dengan aksen bahasa Indonesia difahamkan seorang pengamal perubatan mengeluarkan teori sendiri dan percaya bahawa Caprice menghidapi masalah HPD. Sumber, Trending Sangat