Baru je habis pantang, kini Uyaina Arshad dedah wajah anak buat ramai tampil puji

Sebelum ini, pelakon Uyaina Arshad mengumumkan nama anak lelakinya, Raja Urhan Raja Syahiran. Menerusi Instagramnya, pelakon yang pernah membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan ini memilih nama Urhan kerana memiliki maksud yang baik dan disifatkan hampir dengan nama ibunya. Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulisnya. Dalam masa sama, Uyaina memaklumkan kehidupan sebagai ibu dan bapa sudah bermula untuk mereka jalani bersama. Menerusi perkongsian itu juga, wajah Urhan tidak kelihatan ketika Syahiran sedang mendukung anaknya itu. Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki menerusi operasi.

Juara Puteri Muslimah Asia dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya itu turut menitipkan doa buat cahaya matanya sambil memohon doa orang ramai buat mereka.

Wajah Penuh Raja Urhan

Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran berkongsikan wajah penuh anak sulung mereka, Raja Urhan di Instagram. Sambil menitipkan doa buat pertama hati, imej yang dikongsikan mereka mendapat perhatian wargamaya apabila si bapa dan anak lengkap kemas mengenakan tengkolok.

Bismillahirohmanirrahim. Akhirnya sempurna. Raja Urhan bin Raja Syahiran. Our firstborn. Ourpride. May you be clothedwith His blessings, always, dear son. Mama Baba love you so much. newbornheartshotfocus, tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Pasangan selebriti ini berkenalan pada awal 2019 menerusi p.rogram terbitan Astro sebelum Raja Syahiran mengambil keputusan merisik Uyaina pada tahun yang sama. Syahiran dan Uyaina berkahwin pada 20 Disember tahun lalu di Colony StarBoulevard, Kuala Lumpur City Centre. Kredit, HM/IG. Sumber, Online Malaya