Asyraf Khalid hadiahkan kereta mewah buat Tya Ariffin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 7 tahun

Memang tak asing lagi kita dengan wanita ini. Pelakon dan usahawan Tya Arifin membuat perkongsian di media sosial mengenai kejutan yang diberikan oleh suaminya, Asyraf Khalid, sempena hari lahirnya yang ke-28 serta ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.

Titip Ucapan Istimewa Buat Tya

Menerusi hantaran di Instagram, Asyraf dilihat memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka serta rasa syukur di atas penerimaan Tya untuk segala kelemahannya.

“Happy 7th Anniversary sayang! @tyaariffinw. Terima kasih kerana menyayangi saya di atas segala kelemahan saya & sentiasa menyokong saya dalam setiap perkara. Saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa sokongan dan kepercayaan anda.”-Tulis Asyraf

Peminat Luah Rasa Teruja

Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka, serta ramai yang meluahkan rasa teruja dengan Tya yang dihadiahkan sebuah kereta berjenama mewah dari Amerika, Tesla. Komen warganet lagi, “Bestnyaaa Tesla.” “Aww so happy for you @tyaarifinnw. Sweet nya @asyrafkhalid!.” “Happy anniversary Asyraf Tya. Selamat menua bersama dalam kebahagiaan. Semoga keluarga kalian dalam lindungan Allah.” “Sweet! Teslaaaa. Aku baru ada tissue Tessa.” “OMG Tesla!!.”

Sekadar info, Tya Ariffin telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ariff Jiwa dan Azzahra Jiwa. Sumber, murai