Nekad untuk sekat wasap Julia Farhana, kali ni Lufya Omar tampil respon bila ada yang cakap dia cemburu sebab bekas suami akan berkahwin

PELAKON Lufya Omar menyangkal dakwaan dia cemburu apabila bekas suaminya ingin mendirikan rumah tangga dengan aktres Julia Farhana tidak lama lagi. Lufya, 37, berkata, dia senang hati apabila mengetahui Dr Che Hafiz dan Julia ingin berkahwin malah sudah lama mengetahui tentang hubungan mereka. “Sudah lama saya tahu fasal percintaan mereka. Tiada siapa yang cemburu. “Sebenarnya saya kasihan dengan ‘budak’ itu. Dia masih muda. Saya rasa mungkin dia terlalu bvta dalam percintaan dan tak boleh berfikir,” katanya.

Lufya hanya mahu isu nafkah anak mereka selesai. Lufya mengulas mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada Rabu. Dalam pada itu, dia berasa kasihan dengan Julia kerana merasakan aktres itu belum sedia untuk merasai fasa sebagai seorang isteri dan ibu. Malah dia tidak yakin Julia dapat menjadi seorang ibu tiri yang baik kepada anaknya, Laana Haura yang kini sudah berusia lima tahun. “Untuk dia jadi mak tiri Haura, rasanya tak mungkin. Kita ni tak tahu la, risau salah cakap,” ujarnya. Sementara itu, Lufya mendedahkan sudah menyekat WhatsApp Julia kerana aktres itu tidak perlu mencampuri pertikaian yang sedang berlaku di antaranya dengan Dr Che Hafiz.

Katanya, meskipun Julia bakal berkahwin dengan Dr Che Haifz namun dia tidak mempunyai hak masuk campur dalam urusan nafkah anak mereka. “Saya block sebab dia macam tak ikhlas. Mula-mula mesej beritahu nak tolong nasihatkan Hafiz tapi kemudian cakap itu bukan tanggungjawabnya pula. “Jadi buat apa mesej saya sejak awal dengan 360 muka surat itu? Saya bukan nak berlagak tapi saya yang minta pisah dan kesabaran saya sudah tipis,” ujarnya. Tambah Lufya, dia juga tidak perlu wang daripada aktres itu untuk membayar nafkah anaknya.

Semalam, kecoh di media sosial mengenai pelakon, Julia Farhana Marin yang mendakwa menerima pelbagai ftnah saat menjelang hari bahagia bersama tunangnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Disebabkan itu, aktres kacukan Melayu-Itali terpaksa membuat laporan polis terhadap pelakon Lufya Omar yang juga bekas isteri Hafiz. Terbaharu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar tampil bersuara dengan mengatakan tuduhan itu sangat tidak berasas. “Saya pergi ke balai. Yang lucunya, saya pula dituduh menganggu orang itu. Tak masuk akal kerana dia yang mahu jumpa saya secara peribadi dan juga mesej Lufya untuk nak bercakap dan berbincang tentang nafkah anak,”ujarnya.

Katanya lagi, pada awalnya dia membalas pesanan mesej di aplikasi WhatsApp tetapi apabila difikirkan semula Julia tidak perlu masuk campur akan peribadinya bersama bekas suami. “Eh, buat apa saya perlu berurusan dengan dia? Jadi, saya block WhatsApp, maybe dia marah. Dia buat laporan tetapi ia tiada bukti pun mengatakan saya ganggu dia. “Saya pasang spy, tangkap gambar dia berdua, gambar yang dia dapat tu bukan saya yang bagi. Dan, saya pun bercakap dengan kawan dia, dan saya cakaplah dah lama pun tahu mengenai hubungan mereka berdua (Hafiz dan Julia). Saya tak masuk campur, malas ambil tahu,”terang Lufya.

Balas Lufya, dia tidak mempunyai sebab untuk mengupah penyiasat memandangkan ia melibatkan soal wang. “Buat apa bazir duit? Lebih baik saya bayar duit tuisyen anak saya, buat apa nak pasang PI (penyiasat persendirian)? Awak siapa saya nak kena ambil tahu?” balasnya. Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, soal nafkah anak biarlah dia dan bekas suami, Hafiz selesaikan sendiri tanpa masuk campur orang luar. “Pertuduhan itu tanpa bukti. Jangan masuk campur soal saya dan anak. Jangan masuk campur soal isu nafkah anak. Bukan urusan kamu. Saya doakan kamu semoga berjaya dan berlakon sajalah. Kamu fokus berlakon dan jaga diri baik-baik dan jangan masuk campur hal saya, anak dan bekas suami,”ujarnya lagi.

Sementara itu, Lufya memberitahu dia tidak mahu mengeruhkan keadaan berhubung dakwaan bekas suaminya sebelum ini.Ujarnya, dia mengambil pendekatan untuk menyelesaikan dengan menggunakan saluran yang betul. Untuk rekod, Hafiz berkahwin dengan Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun. Namun, mereka berpisah pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Terdahulu, Dr Che Hafiz dan Julia membuat laporan polis pada 7 November lalu selepas mendakwa Lufya mengeluarkan kenyataan ftnah terhadap mereka berhubung isu tuntutan nafkah anak.

Julia turut mendedahkan dia adalah tunang kepada bekas suami Lufya dan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi. Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercer4i pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Sumber, lufyalaana, melodiberapi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.