Rupanya dah lama pasang niat nak bertudung, penampilan terkini Nad Zainal jadi perhatian warganet

Penampilan manis Nad Zainal yang kini ayu bertudung sememangnya telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata peminatnya memuji imej barunya yang dilihat lebih sopan. Menerusi perkongsian dari Mstar, Nad mengakui yang dia kini sedang berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna dan berharap agar peminat dapat mendoakan perubahannya. “Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf. “Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya

Walau bagaimanapun, Nad enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perubahannya itu dan  menjelaskan ada baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak bertudung. “Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya. Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32 memaklumkan yang niat ingin bertudung sudah terlintas di hatinya sejak dua tahun lalu dan merasakan imej tersebut bukan satu penghalang untuknya meneruskan karier sebagai seorang pelakon.

“Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab. “Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” ujarnya. Sebelum ini, Nad telah menjadi perbualan peminat di media sosial apabila tampil berhijab ketika melakukan pengambaran untuk program travelog sewaktu di Thailand. Rata-rata peminatnya telah memuji penampilan pelakon tersebut yang dilihat semakin cantik dan lebih sopan apabila mengenakan tudung. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.