Dah selesai tunaikan janji, Che Ta dedah 8 kek antara simbolik hari jadi ke 8 tahun buat Aaisyah

Majlis hari jadi Aaisyah disambut meriah. Pelakon Rozita Che Wan menunaikan janji untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah. Tidak hanya mengadakan majlis penuh gemilang, Rozita, 49, turut menyediakan lapan biji kek sebagai simbolik kepada usia anak perempuan tunggalnya itu. “Lapan tahun lapan kek,” kongsi Rozita atau Che Ta menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Che Ta tunai janji sambut majlis ulang tahun Aaisyah secara besar-besaran.

Difahamkan, majlis bertemakan merah jambu itu diadakan di sebuah restoran terkemuka yang turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. Bukan sahaja kek, penampilan Aaisyah pada majlis itu turut menarik perhatian yang menggayakan gaun beropol warna merah jambu siap bersolek. Meninjau ke ruang komen, rata-rata terpegun dengan lapan buah kek yang disediakan Che Ta sambil menyifatkan Aaisyah seorang anak yang bertuah mendapat ibu seperti pelakon Kiah Pekasam tersebut.

Majlis ulang tahun Aaisyah dihadiri suadara terdekat.

“Masya Allah, nanti 18 tahun, 18 kek ke? Happy Birthday Aaisyah. “Comel sangat, lapan kek sekali gus. Happy Birthday. “Dah macam Gunung Ledang. Untung yang buat kek itu,” tulis warganet. Sebelum ini, Che Ta terpaksa menunda majlis ulang tahun kelahiran anaknya pada 1 November lalu selepas kanak-kanak itu disahkan positif CvdI9. Sumber, Mstar Online

Sampai ada yang guna gambar Che Ta promosi produk kurus, Sekali ini respon berani daripada Rozita Che Wan

Umum kita kenali dengan wanita cantik bergaya ini. Pelakon Rozita Che Wan meminta pengikutnya supaya tidak terpedaya dengan tipu-helah individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambarnya untuk melariskan produk jualan mereka. Menerusi akaun Instagramnya, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menjelaskan tidak pernah terbabit dengan mana-mana perniagaan produk kurus

Katanya lagi, “Syaitan mana yang menipu sangat ni! Minta perhatian! Kami tak pernah minum jus beruk ni pun untuk kurus! “Jus korang tak laku sampai terpaksa menipu nak sentil gambar aku,” tulisnya. Dalam pada itu, Che Ta juga mengingatkan pengikutnya supaya tidak tertipu dengan iklan palsu produk-produk tidak terkenal yang menggunakan gambarnya.

Tulisnya lagi, “Kalau artis tu sendiri tak post produk yang dia guna, anda yang tertipu tau dengan produk-produk tak laku yang sampai terpaksa menipu. “Video kami ini tengah bercerita fasal produk kami sendiri, depa EDIT, depa promote produk depa! Cari makan cara keji sangat ni!” jelasnya. Terdahulu, Che Ta memuat naik tangkap layar iklan produk menguruskan badan yang memaparkan wajahnya sekaligus menafikan perkara itu. Sumber, gempak

Umum semua kenali dengan wanita glamor ini. Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta melahirkan rasa gembira selepas dua anak bujangnya, Aniq Ezra dan Ammar Effendy berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengajian masing-masing. Menerusi kemas kini di Instagram, terpancar rasa bangga dalam diri Che Ta, selain melahirkan rasa syukur melihat kejayaan anak-anak yang disayangi. Justeru, tidak hairan jika Che Ta turut mengeluarkan sedikit ‘belanja’ dan memberikan anak-anaknya hadiah sempena kejayaan yang ditempa.

Katanya lagi “Untuk Aniq, lepas dia grad, saya bagi dia trip pergi Australia. Dia melancong ke Sydney dan Melbourne. Pagi tadi (semalam) baru sampai balik ke Kuala Lumpur selepas dua minggu berada di sana. “Untuk Ammar pula, saya bayarkan dia yuran untuk sukan golf profesional. Dia kata ok, saya pun ok sahaja. Lagipun dia memang suka sangat main golf,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Che Ta berkata, hadiah kepada anak-anaknya selari dengan usaha yang ditunjukkan selama ini.

Luahnya lagi “Sebabnya dia, of course bila mereka dah belajar, daripada tingkatan 1, masuk MRSM, kemudian ke KYS pula dan seterusnya Taylor’s University. kira hadiahlah untuk kerja keras mereka. “Aniq insya-Allah akan sambung belajar, kalau tak salah salah dalam jurusan Economic Banking. Tapi Ammar tak dengar pula dia akan sambung sebab dia tengah suka main golf, sehinggakan dia sudah pun bergelar duta untuk jenama Guilty bagi sukan tersebut,” katanya menutup perbualan. Sumber, gempak