Buat bilik berkonsepkan Bali, Wany Hasrita dedah house tour siap ada tempat tersembunyi lagi

Dah menjadi satu trend bila mana pempengaruh dan selebriti tidak kira dalam mahupun luar negara berkongsi house tour kepada peminat mereka di sosial media. Tidak terkecuali, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita turut berkongsi suasana rumahnya yang dikongsikan dalam saluran Youtube miliknya. Meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada pereka dalaman, ruangan ruang tamu Wany tampak luas dengan penambahan cermin penuh dinding di tengah kawasan dinding yang dicat dengan warna olive.

Paling menarik, sebelum ini jika tetamu yang datang duduk di ruang tamu pasti akan nampak kawasan dapur rumahnya, tetapi kini tidak lagi setelah diletakkan ‘hidden door’ di kawasan dapur dan juga bilik bawah. Bijak kan?! Untuk dekorasi ruang tamu, menjadi kesukaan buat Wany di bahagian kabinet televisyen rumahnya di mana tiada istilah ‘sakit mata’ melihat keserabutan wayar-wayar kerana kabinet jenis build in dan tertutup digunakan berbanding sebelum ini dia hanya menggunakan kabinet biasa untuk bahagian itu.

Untuk bahagian bilik pula, sekali lagi Wany meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pereka dalamannya dengan memilih konsep bali untuk tema biliknya. Sekali lagi, ada pintu tersembunyi yang menghubungkan ruangan pakaian dan bilik air. Jadi, ruangan tersebut sangat strategik untuk elakkan dari terdedah aurat pada orang luar. Untuk ruangan luar rumah, di tanah yang sedia ada Wany menggunakan konsep ala-ala taman mini. Amacam cantik tak? Boleh la jadikan inspirasi untuk konsep rumah sendiri lepas ni! Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Youtube Wany Hasrita, keluarga. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.